SPA Best Kat KL

Dah jadi mak yang bekerjaya ni, masa kerja sangat lah limited. Isnin-Jumaat kerja. Sabtu Ahad cuti. Yang cuti 2 hari tu lah bekejar-kejar nak kemas rumah, nak masak sedap-sedap untuk family, nak spend quality time dengan anak, nak pergi kenduri sedara mara kahwin lah, macam-macam hal!

Nak pergi memanja-manja kan diri kat SPA tu memang perkara paling last lah yang ada dalam list. Tapi disebabkan azam tahun baru ni, aku nak menjaga kebajikan badan sendiri, jadi aku gagahkan juga nak spend 2hours untuk SPA. Walaupun suamiku bagi jelingan tajam masa drop kan aku kat SPA tu. Ada aku kesah? Badan nak pakai lama oiii!

So this time aku pilih Chantiqa SPA, dekat Taman Melati, Sebelah highway MRR2. Ala, dekat line Restaurant Upin-Ipin, Satay Haji Samuri tu. Tahu? Tak tahu, waze/ google please!

Mula-mula ingat nak buat facial je. Sebab tak nak lah spend masa lama sangat kan. Sekali ada promo lah pulak! Makcik lemah sikit promo-promo ni, memang wajiblah nak sebat!



Deco and music dia ala-ala Bali gittew. Nak pergi Bali mahal sangat. Datang je lah sini, lebih kurang je.. Masa aku datang tak ada orang sangat. Aku pun walk in je. Diorang kata selalu weekend memang ramai orang. Better buat appointment dulu. Kang hampa kecewa. Aku aritu kira nasib baik.






Bilik mengurut ada yang untuk seorang macam nih, and ada jugak untuk berdua. Kalau datang dengan kawan, boleh lah sambil berurut sambil menjoyah kan? Baru meriah.

Biasalah. ,mula-mula rendam kaki dengan air panas dulu. Bagi longkah daki-daki kan? Pastu dia suruh bertangas (panas gila oii. Rasa terbakar pungkoq!), then baru urut. Urut sepatutnya 45 minutes je. Tapi disebabkan rezeki aku baik, orang tak ada, jadi diorang tak berkira pun nak extend masa. Sejam lebih jugak aku dapat. Lepas urut ada scrub, and body polishing. Lepas tuh ada sesi berendam dalam air yang dipenuhi fresh flowers and bau wangi segar gila. Refreshing sangat!




Aku just kena bayar RM 180 je untuk 2hours++ punya session which included:

  1. Foot soak
  2. Bertangas (10 minutes)
  3. Full Body Massage 
  4. Full Body Scrubs
  5. Body Polishing
  6. Berendam-Macam-Badak Mandi Bunga.
  7. 2 Cawan Teh Rempah Ratus 

Aku rasa berbaloi lah duit yang aku keluar dengan service yang aku dapat. Semua selesa. Rasa bahagia. Kalau terasa nak cuba, bawah address/ contact number SPA Chantiqa:








Multi Level Marketing - Siapa Nak Jadi Jutawan?

TIPU. Itu 1st word aku. Semua tipu. Tolong jangan terpedaya. Tambahan kalau duit yang korang nak laburkan tu satu-satunya sumber pendapatan/ simpanan yang ada. Jangan let go please. Tolong jangan mudah terpedaya dengan ayat-ayat manis diorang ni. Masa nak suruh kau masuh, semua seems possible!

Nih pengalaman aku sendiri. Tak tipu. It started when aku scrolled instagram and saw banyak sangat orang menayang hasil "kekayaan" diorang dengan join the Scheme. Tambah pulak yang tayang tuh budak ko benci masa zaman sekolah dulu, lagi lah berbulu ye tak? Hahahaa. Dasar...

So lepas sembang-sembang dengan kawan aku, kitorang decided untuk try. Modal RM275 je, so kitorang macam tak ralat sangat lah nak spend pun... Ko makan kat chillis pun sekali makan dekat 200 weh! So saja lah nak try! Nak jugak tahu kaya mana kita boleh pergi seperti yang digembar-gemburkan. Kot sungguh boleh jadi Jutawan kan?

Step 1:

Diorang akan mintak RM 275 (nih package paling cikai-Phytoscience). Dengan bayar sebanyak nih. korang akan dapat produk stemcell tuh. Macam mana rupanya aku tak tahu. Aku tak bukak pun benda tu. Aku dapat, and peram. Sekarang tak tahu pun benda tu kat mana. Hahaha.

Upline kau akan dengan gigih mengajar kau macam mana nak run the program. For instance, they will teach you on macam mana nak attract (read:tipu) orang lain supaya join juga. Bagi kau bonus statement diorang untuk kau publishkan dekat instagram/ FB/ twitter Blog and etc. 

Step 2:

Untuk dapatkan balik modal yang kau labur RM275 tu, kau perlu cari lagi 2 orang bawah kau. Their favourite term " kaki kanan" and "kaki kiri". Setiap orang yang ko cari tuh, kau akan entitled for bonus worth RM 100 each (if they choose package cikai jugak lah. If diorang amek package hebat, so bonus kau akan lebih lah).

Step 3: 

Lepas dah dapat kedua-dua kaki kau, this is the time where you need to train them. Sama macam orang upline kau ajar kau mula-mula dulu. And the steps continue. Pendek Cerita, kalau kau/ orang bawah kau tak berjaya bawak masuk orang baru, then you will get NOTHING. The cycle stops there.


Nampak macam senang je kan? 3 Steps. Senang kalau kau memang jenis boleh nak sembang atas angin je dengan public, and memang pakar nak kelentong mana-mana yang perlu.Muka kena tebal. Unfortunately aku tak ada kelebihan tu.

Specially untuk MLM Phytoscience nih, tagline yang diorang selalu guna is 

" Kita tak payah cari orang, orang yang akan cari kita".

Diorang guna and yakin dengan tagline tu sebab if you noticed, orang yang involved dengan MLM for sure akan selalu update/ show off their bank statement/ bonus and whatsoever.  Dekat statement for sure lah tunjuk amount yang boleh mengganggu-gugat iman kita insan yang lemah ni kan? Nak sedapkan lagi benda, diorang akan bagi caption yang membakar line kita.

" Kita semua boleh berjaya. Tak ada apa yang mustahil" 
" Bila tengok orang senang rasa cemburu, tapi diri sendiri tak nak berubah, macam mana?"

Kita sebagai Melayu yang pantang dicabar, pastinya rasa tercabar dan lajuuu je nak sahut cabaran tuh kan? (Talk to the mirror).

Okay sekarang nak elaborate kenapa aku cakap benda nih tipu.

  1. Tak payah cari orang
    • Sebelum masuk dia akan cakap tak payah cari orang. Lepas kau dah bayar untuk the package, tiba-tiba pulak kau kena cari "kaki" kau. No "kaki" no income okay? And believe me, bukan senang nak cari orang. Unless kau berkawan dengan orang yang duduk dalam gua and naive gila.
    • Bila kau contest balik dekat upline kau and cakap  
"Eh haritu cakap ini bukan MLM . Kata tak payah cari-cari orang?" 
 Dia akan surely reply:
"Ini MLM cara baru. Kita pakai system binary. Nak duit kena lah kerja sikit"
 
Bila kau tak berjaya jumpa orang, kau akan di label dengan kata-kata cemuhan yang negatif oleh group jutawan-wanna-be kau yang lain (word malas sebagai contoh).  
 
Aku pun tak paham, diorang keep mention yang this is not an investment, this is business. So we have to work! Ok aku faham bab tu. Cuma tak berapa nak faham, bisnes apa sebenarnya? Nak kata business jual supplement tu, macam tak logic jugak. Sebabnya, 98% of the briefing/ conversation among the members, semua mesti sebok cerita macam mana nak cari lebih banyak "kaki". Tak pernah pulak dengar pasal benefit product tu, macam mana nak consume product to or whatsoever. So aku macam wondering. Business apakah ini? Business jual orang ke apa?

   2. Income Setiap Hari 

    • Tak ada maknanya setiap hari weh. Itu sekali je aku dapat. SEKALI je.Please bear in mind, there is no easy money. No such thing in this world. Yes yang itu memang apa yang aku dapat. Aku dapat dalam sehari sebab ingat tak cerita kat atas? Aku masuk beramai2 dengan kawan-kawan. Sebab kitorang nak test benda ni. So memang masa masuk tuh, dah ada kawan bawah aku. Kalau aku masuk solo. Sampai sekarang aku tak dapat apa aku rasa. Duit tu kira hasil penipuan duit kawan sendiri lah! Hahaha. Disebabkan kawan, takde lah rasa bersalah sangat. Lepas dapat duit boleh belanja diorang balik.
Ye..kita tengok ada yang sakan bergaya pakai kereta mewah, handbag mewah tayang "kejayaan" diorang. Percayalah, yang "berjaya" tuh ada lah jerung-jerung besar yang dah involved dalam scheme nih lama dah. So dia "makan" kita yang terpengaruh konon-nya nak berjaya macam dia. Setiap enrollment yang diorang dapat, akan menjadikan jerung-jerung tuh lebih kaya. Bukan kita. Percayalah. 

Lebih baik lah kalau duit yang ada tu, korang simpan je dalam Tabung Haji. Dapat jugak dividend. Ye.. Tak banyak mana, tapi dapat. And so far, kita tahu halal haramnya. Yang ini? 







Sombong betul kau kan?

Aku adalah hantar message dekat satu TV Broadcaster ni - (A bukan nama sebenar.hahah), complaint pasal programme dorang yang asyik lah berulang. Hal nih siap pernah masuk parliament kot kalau tak salah aku. 

Sebelum ni, just cakap-cakap belakang je kan. Satu hari aku rasa upset sangat sebab asyik kena tengok benda yang sama even during Prime Time. Orang balik kerja penat weh! Then, I decided to write my complaint.

The 1st time they replied, memang nampak macam angkuh gila. tak ada ye nak berbahasa-bahasi, selalu kalau kau provide service, biasanya akan start the conversation with Dear valued customer or Dear Mr/ Ms lah kan. At least. Nih harooommm.... terus dengan angkuhnya cakap memang their nature of business to provide repeat/ multiple screening.

The PIC tuh duk lah merempan, suruh aku PAHAM apa maksud multiple screening. Explain yang semua programme tu dia dapat dari oversea channel. Dia cuma broadcast all the programme je. Untuk channel overseas aku faham lah (i.e.: Disney, AXN, E! and etc). Tapi yang local programme? Siapa yang provide? Aku rasa cerita Minah Lodeh Tipah Lepat tuh dah 800 kali kot tayang? Punya lah banyak expertise dekat company kau, tak ada sorang pun yang mampu nak revise listing program kau? Kau beli dari oversea jugak ke content cerita tu?  Tak berapa nak paham jugak aku masalah korang nih.

Then, dapat another reply. Suruh aku compare programme diorang dengan TV lain. Konon programme diorang "berkualiti" that's why kena ada additional screening. Come on lah. Kualiti celah mana kalau dah asyik ulang rancangan yang sama je setiap hari. Aku yang tengok TV waktu malam je pun dah boleh hafal apa programme, bayangkan housewife? Tak dapat bayang betapa bosannya diorang.

Dah tahu kau operates base on multiple/ additional screening, sebok suruh orang tukar pvr yang ada function record tuh semua ape kejadahnya kan? Saja nak makan lebih? Kot orang tak sempat tengok sekarang, tak payah record, esok pasti rancangan yang sama muncul. Itu memang biasa.

Lastly, diorang suruh aku bersyukur sebab diorang tak charge subscriber on pay per view basis. Eh? Aku pulak kena bersyukur. Aku tak terminate subscription dah cukup baik untuk kau kan? Kau suruh aku pulak yang bersyukur? Seriously?

To be honest, memang aku selalu je pay per view. Almaklumlah, untuk dapat cerita yang baru, terpaksa lah aku beli dari channel dia yang lain kan? Kalau harap channel yang dalam subscription package je.. memang sangap lah..

Aku tak kisah sangat lah nature of business kau ke apa ke, tapi orang bayar kot untuk service kau. And bukan murah orang bayar. Selamba kau layan customer macam sampah je. Angkuh sungguh kamu ye. Kot satu hari nanti kau di boycott secara besar-besaran macam mana? Sekarang zaman serba canggih. . Jangan macam-macam.

Obvious sangat ke siapa A tuh?

Sydney Trip - Part 6 (30052014)

Hari last kat Sydney. Memang tak ada activity. Just nak sight seeing je. Chekout hotel pukul 10am. Kemain awal kan? Benci betul aku policy semua hotel-hotel nih. Check in kemain lambat. Check out nak cepat je.

Disebabkan flight malam, jadi kita tinggalkan lah beg and segala macam mak nenek dekat hotel. Nanti nak pergi airport baru ambil. Free of charge je tumpang beg kat hotel tuh.



Pagi tu, kita pergi Paddy Market. Nak shopping Souvenir sikit untuk ku bawa pulang. Seriously murah gila kat sini. Macam-macam benda lah ada. Mostly t-shirt, fridge magnet, toys, handbag and macam2 lagik. Even dia punya vendors pun boleh cakap Melayu uolls! Dah rasa macam pergi uptown pulak.  



Contoh : Slipper yang aku pakai tu, kalau beli dekat shoplot biasa, harga dia (AUD8-9). Kat Paddy Market around AUD3 je. Menyirap ke tidak?? hahaha. kat tempat orang kan, losses macam nih memang perkara normal.








Dah habis dah trip ke Sydney. Overall okay lah. Everything went well. Takda lah bad experience kat sana. Sangat relaxing. Makan pun senang, jalan pun senang. Hati lagi lah senang kan?

Bye-Bye Sydney. Tak kan datang lagi lah kot. Kau ingat aku kaya asyik nak pergi Sydney je? Nak lah kumpul duit merasa pergi negara lain pulak kan?