Sky Dive- Queenstown, New Zealand

Dah lama sebenarnya buat benda nih, tapi sebab last Monday tengok Aizat gegar NZ dekat TV9, baru macam terasa nak share benda ni. Bila fikir-fikir balik, sumpah rasa tak percaya aku yang buat benda nih. Naik Solero Shot kat Genting Higlands pun aku sampai kejang-kejang pinggang tahan takut, ni pulak terjun dari helicopter. Entah syaiton jenis apa yang merasuk aku that time pun tak tahu lah. 

Masa trip NZ  arituh, we all registered untuk tandem skydive through NzoneSkydive. Supposedly 1st day of arrival dekat Queenstown, dah kena buat dah, tapi sebab weather tak bagus, so Nzone postpones to the next day. Penat je gelabah gila bangun pagi, bedebar segala. Sekali tak boleh buat skydive. 

Second day, tak boleh buat jugak, masalah weather. Masa nih dah tak bedebar dah. Macam bengang sebab tak dapat-dapat buat Skydive. Kiitorg dah plan nak pergi Mildford, so postponed lah lagi Skydive nya. Masa ni memang masing-masing dah tak letak harapan dah. Sebab schedule sangat tight, kalau tak dapat buat, memang that's it lah. Sila lah kau balik Malaysia dengan hati yang luka parah.

Last day kat Queenstown, baru lah ade rezeki nak buat Skydive * rezeki ke bala eh?. Cuaca sangat lah merestui rancangan kitorang.  Kena sign form prepared by Nzone yang pihak diorang tak akan bertanggungjawab kalau terjadi any accident masa buat diving. Cacat ke mati, tanggung sendiri. Masa nak sign nih, semua pandang-pandang each other. Tapi sign jugak. Pehal ntah? Kene pukau?

Dalam van none of us pun yang bersuara, semua kecut perut. Hah..nak sangat kan..Amek kau! Tapi bila sampai kat field, dah becok balik. View cantik gila, sibuk lah masing-masing duk bergambar. Terjun dari heli? Ade kitorang kesah? Bergambar lagi penting!

Briefing tak sampai 5 minutes pun ye. terus bergerak naik helicopter tuh.Boleh pilih either nak terjun from 15000ft or 12000ft. Kitorang beginner, so 12000ft sudah lah ye. Jangan tamak!

Ready???????

Usha line dulu...







Terjunnn!!!!!


Masa nih, memang tak keluar apa suara. Rasa macam nak jerit, tapi tekak macam sempit! So duduk lah aku kejung kat atas tu. Freefalls adalah 45 sec! Masa nih memang tak takut langsung dah lah. Dah terjun. Nak takut ape lagi kan?

Masa aku post kat fb gambar bawah ni, memang ramai gila lah orang respond like "husband ko tak jeles ke?", "husband kau tak marah ke?". Dey! Ini skydiving, bukan nya lompat getah, for sure lah yang kat belakang aku kene professional! Kalau letak laki aku, memang bersama-sama lah kitorg arwah kat situ. Jangan narrow sangat boleh tak?




Lepas freefalls tuh, aku tengok view dari atas, YA ALLAH. Memang cantik gila! Memang seumur hidup tak pernah tengak view cantik macam tu. Bawah tu, lake WAKATIPU. Dia punya cantik, sumpah gua tak tipu. Memang lah sangat berbaloi aku buat misi ni. 

Harga untuk skydive ini, RM 1900+. Price included photo and video. Okay lah kan? Ko ingat senang orang tu nak amek gmba/video kau segala masa kau tengah "terbang"?. Ramai lah jugak cakap "Bodoh je buang duit beribu-ribu untuk benda tak sampai setengah jam". Satu je soalan aku, yang "pandai" sangat tu nape NZ pun kau x penah sampai? Haha..duit aku kan? Jangan Bising!

Orang kan selalu cakap, tak cuba tak tahu..Aku dah cuba..and aku TAHU betapa nikmatnya dapat tengok something from different points of view. 







No comments:

Post a Comment