Sydney Trip - Part 3 ( 27052014)

Semua ticket dah booked siap-siap dari KL. Online booking. Travel bawa anak kecil. Aku make sure semua well prepared and organized. Tak nak kelam kabut and terpinga-pinga mana nak pergi. Aku bukan sabar sangat orangnya. Haha.

Eh lupa nak cerita. Sepanjang kat Sydney, kitorg memang naik Public Transport je. Takde sewa kereta.


1. Madame Tussauds Sydney

Ini memang tempat Idaman. Asyik tengok orang je pergi sana sini tangkap gamba dengan patung lilin tuh kan? Teman pun teringin jugak! 
















Cantik gila kan Circular Quay tu? Dari Hotel, kena ambil train pergi ke circular quay, then naik ferry pergi ke Darling Harbour. Madam Tussaud tu dekat Darling Harbour. Aku expect benda ni dalam bangunan hebat ke ape kan. Rupanya biasa je. Bukan dalam bangunan pun. Ntah macam mana nak describe ntah!

Aku minat Bruce Willis tu je. Minat sangat! Masa mengandung hari-hari tengok movie dia berlakon tau!

2. Sydney Aquarium 

Sebelah je dengan Madam Tussaud tu. Jangan tanya aku best ke tak. Sebab aku memang lah tak reti appreciate setakat tengok-tengok binatang ni. Binatang kan, ape sangat lah excitement yang dia boleh bagi. Tempat ni ala-ala Aquaria KLCC lah. Tapi hebat sikit ade banyak binatang. Aquaria kan macam "eh..eh..ini je?"

Gobek-gobek phone, tak ada pulak gambar kat Aquarium nih, maybe dalam digital camera kot. Sorry.


3. WILD LIFE Sydney
 
Yang ni pun sebelah je Madam Tussaud. Tiga tempat nih memang next to each other. Memang boleh habis kan tour dalam sehari je. Senang! Macam-macam binatang lah ada dalam ni. Kanggaroo, Buaya, Butterflies, Snakes and macam-macam lagi. Takde excitement jugak. Bawa anak-anak ok lah kot.



Tengok dekat dalam gambar, koala macam comel je kan. Tengok live, hmmmph..


4. Sydney Tower Eye

Sebelum pergi dekat tower deck, akan ade 4D show dulu. Memang gempak gila. kalau air keluar dekat screen, air jugak lah kau rase tepercik dekat kau. Kalau bubble dekat screen, buble jugak lah kau rasa. Jakun aku! Anak aku pun kemain mengekek tengok bubbles segala. Show dalam 10 minutes je. Kalau nak pergi sini, turun kat station St James. Cross the road je dah sampai Sydney Tower.









Cantik ke tidak?? Mestilah cantik kan? Aku kan memang obses dengan view langit yang biru macam tu. Kenapa Malaysia langit dia tak biru macam tu ye? Pollution eh?

5. Manly SEA LIFE Sanctuary

Tak pergi. Sebab malas aku asyik nak menengok binatang je. Hahaha.


Lunch dekat mall je. Apa ntah nama dia. Lupa! Google tak jumpa pulak. Indian Halal Food.




Melayu, pergi oversea jumpa nasi, memang menggelupur lah weh! Hahaha. Aku order Briyani Ayam. Seriously, boleh makan 3-orang kot portion dia. Banyak gila. Sampai muak. Tak habis pun aku makan. Menyesal order sampai 2 dishes. Patutnya share je ngan husbandku. Patutnya lah...




Benda ni paling best. Lepas kau order, pergi duduk kat seat. Kalau order kau dah siap, dia paging pakai benda nih. Best gila. tak payah lah nak tercongok depan kedai tu tertanya-tanya order kau dah siap ke tak kan?


Madame Tussauds Sydney + Sydney Aquarium + WILD LIFE Sydney + Sydney Tower Eye + Manly SEA LIFE Sanctuary =AUD 58/ pax

Lunch= AUD 15/ pax


Kitorang lunch je hebat-hebat. Malam makan pizza one slice pun dah cukup kenyang.




Pizza: AUD 4/PCS


Pizza beli dekat George street je. On the way balik hotel, singgah beli kejap. Ada satu kedai turkish dekat situ. nama Arztuk ke apa. Lebih kurang lah. Friendly sangat dia punya staff and owner. Hari-hari kitorg beli makan kat situ, siap bagi discount lagi!

No comments:

Post a Comment