Sydney Trip - Part 5 (29052014)

Hari ini kita ke pantai you alls. Bondi Beach. Dengan harapan konon nak bawak anak cecah-cecah kaki kat pasir pantai. Orang kata pasir pantai boleh ransang otak budak dengan cepat lah apa lah. Biasa lah, mak-mak facebook, bila baca, sedikit sebanyak pasti lah terpengaruh kan? Padahal kau dulu tak ada pun ke pantai segala. Elok je sihat membesar kan? 







Tu hah. Cecah kaki lah sangat. Elok anak aku membuta sepanjang kat sana. Tak kan aku laki bini nak beriya mandi-manda segala kan? Jadi kita jalan-jalan je lah.. Tunggu anak aku tak bangun-bangun. Kena angin sejuk kan? Lagi lah payah dia nak bangun. Habis jalan, kita patah lah balik ke town. Malas nak tunggu lama-lama

Nak pergi Bodi Beach, naik train samapi ke Bondi Juction, then turun naik bus pulak. Dalam 10-15 minutes naik bus sampai lah Bondi. Cantik weh pantai nih! Ramai orang surfing jugak.

Balik dari Bondi. Kitorang jalan-jalan dekat flea market just cuci mata. Tak nak beli apa-apa pun. Tunggu kat Paddy Market nanti.





Masa kitorang turun dari bus tuh, turun betul-betul dekat kedai ni. Ada sale perfume gila-gila punya murah. Brand yang selalu kita bayar buta-buta 3-4 ratus kat M'sia, kat sini dia jual AUD20 je. Murah gilaa kan? Sekarang baru menyesal tak beli banyak. Aku beli dalam 7 bottles je. Untuk family members as souvenirs.






 

Disebabkan hari masih cerah, so kitorang round-round dekat The Rock je.  Yang ni dekat area Circulay Quay je. Senang sikit nak kejar train nak balik hotel nanti.  Kalau tak silap, on Saturday ada Flea market dekat sini. Masa kitorang pergi tak dapat flea marketnya. Kitorang pergi hari Khamis.

  
Setiap kali balik berjalan, aku gigih ajak suami ku turun dekat town hall. Sebab nak beli air nih. Sedap weh. Macam mana ntah nak describe. Kene try sendiri.

3 comments:

Wak Lat said...

Wah. Hee sungguh seronok jalan jalan ke Australia kan.

Nieda said...

Susah tak turun naik bus dan train dgn bawak stroller tu? Kalu bawak baby mmg kene pkai stroller ke kalau nak jln2 pkai public transport? Kanak5 umur 5 tahun kene naik stroller jugak je? Nak ke sidney lg 3 mgu. Harap dpt membantu. Tq

Pencil2B said...

Maaf sangat, I tak active berblog and tak dapat notification pun soalan awak nieda.(tak tahu pun kat mana nat set the notification. huhu). By now awak dah balik dah pun kan dari Sydney. Sorry!

Post a Comment