2nd day kitorg pergi GWK-GARUDA WISNU KENCHANA. Aku pun tak tahu tempat nih tempat ape sebenarnya. BF aku yang siapkan semua itenary. I follow je. Bawak lah mana pun ko nak bawak aku kan.. Tadah aje.
Aku pun tak pasti apa yang menariknya kat sini. Banyak statue je. Aku memang susah lah nak appreciate benda-benda nih kan. Just for the sake of tengok je lah. Ada lah jugak orang local yang rajin duk explain kenapa patung-patung tuh dibina macam tuh. Cerita sejarah-sejarah. Dewa lawan burung, burung kalah lah ape lah. Ntah lah. Sorry memang tak minat benda-benda macam tuh. Memang pusing-pusing je lah kat situ. Yang aku tahu ade kedai ice cream kat depan tempat-tempat jual survenir tuh sedap! Makan 2 pun tak muak.
Tak lama pun spent masa kat sini, around 1 hour je kot. Sebab tak de benda menarik pun kan? So let's go! Next destination, Dream Beach-Bali. Famous sebab ramai surfers kat sini. Wave cantik.
Tengok wave dia, cantik memang cantik. Tapi kalau kene libas. Memang mampos. Tinggi gila weh! Itu normal. Kalau tsunami? tak boleh aku nak bayangkan. Nauzubillah. Mat saleh yang sebok berjemur bagai kat tepi-tepi pantai tuh sure tak sempat lari. Sapu bersih!
Before datang Bali, BF aku memang dah survey siap-siap kat mana tempat famous nak pergi makan. Banyak blog yang aku baca tulis Jimbaran adalah tempat yang paling wajib kena pergi if datang Bali. Tempatnya romantic, and boleh tengok sunset sambil makan seafood. Supir aku pun suggest benda yang sama, tapi biasa lah kitorang kan suka berhaluan kiri. Say No to Jimbaran, Mari kita ke Bale Udang, Man Enking! Yeehaaaa...
Aku tak tahu lah orang lain kan. Tapi aku sangat suka makanan kat sini. Kena lah dengan tekak aku. Ada sambal terasi. Penyelamat segalanya! Asalkan ada pedas, aku okay je. Tekak melayu. Tak pedas tak kick lah! Sambal tuh memang boleh buat telinga pekak. Pedas gila! tapi sedap! Penat aku godek-godek camera, tapi satu haram tak jumpa gambar makanan yang aku order kat sini. Ntah dalam henpon, ntah dalam camera. Tak tahu kat mana. Jumpa satu nih je! Memang sedap gilaaaaaa....Menyesal tak mintak resipi! Setiap kali tengok mesti terliur!
Pisang goreng cheese! Serius sedap. Sebab aku bukan peminat pisang goreng. So kalau aku kata sedap, serius sedap. Sila percaya. 2 malam kitorg makan kat restaurant nih, 2 kali jugak lah amek set. Cuma combination je kitorg tukar-tukar. Average price Rp 500,000- Rp 600,000. Untuk 4 orang makan. Masa bayar tak rasa mahal. Maklumah rupiah..Dah sampai KL, tengok-tengok bil convert ke RM. Jatuh lebih kurang RM 53 sorang sekali makan. Puiiii... Mahal Gila! Tapi sedap. Camne?.Check purse masing- masing lah ye...
No comments:
Post a Comment