Ini lah activity yang di nanti-nantikan sangat. Tengok kat documentary, kawan-kawan cerita, semua kata kena tengok Kecak Dance. Kan tak jadi tengok dekat Tanah Lot. So kitorang tengok kat Uluwatu. Entry Fee Rp 70,000.00 per pax.
Tempat nak berkecak |
Kemain lah semangat aku berebut tempat. Nak yang atas sekali. Supaya dapat "clear view" of the performance.
Hah! Amek kau. Tadi kosong, sekarang dah penuh dengan manusia. Memang padat dan sendat. Selagi ada ruang lah diorg nak sumbat. Nasib baik kedudukan aku dah selesa!
Dancers dah ready. |
Sementara nak tunggu show tuh start, kitorang layan lah sunset. Cantek gila!Puas...Nikmat Tuhan..
Masa kecak dance tuh start, aku macam relaks je. Sebab dia macam biasa je lah. The dancers buat bunyi like "cak..cak..cak..cak..." That's why lah nama dia Kecak. Tapi dah lama, seram lah pulak aku. Bayangkanlah time tuh kan dah masuk Maghrib, diorang pulak semua macam dah naik sheikh. Dah start memuja api tuh ke ape aku pun tak tahu lah. Aku dah tak senang duduk dah. Iman dah lah tak berapa nak hebat. Boleh pulak kau berada dalam tempat orang memuja-muja segala kan? Nak keluar, orang punya lah ramai. Tak tahu nak ikot mana. So hadap je lah.. Orang tuh sebok berkecak, aku pun sama berzikir. Jangan lah apa-apa jadi. Maghrib kan banyak syaitonirrajim berkeliaran. Memang seram! Dari hari cerah, sampai lah ke gelap. tak habis-habis lagi show nih. Lama lah jugak. Ada parents yang bawak anak kecil. Memang lagi salah besar lah kak oi! Anak dia menangis tanpa henti the whole show. Tak sesuai lah tempat ni untuk budak-budak.
Habis show nih, nak menuju ke jalan keluar lagi satu azab. Dah lah gelap gila. Dengan beruk, monyet segala. Seksaan mental betul! Berlari-lari lah kitorang ke kereta. Sampai kereta, zasss..terus gerak balik hotel. Tak nak fikir apa dah. Penat aku tengok dewa bergaduh berebut sita lah, monyet lah, ape lah berjam-jam. Aku memang tak reti appreciate kebudayaan macam tuh. Sorry!
Last day before nak balik tuh, kitorang just spent time dekat area Kuta je. Aku dengan BF aku merayap dari satu kedai ke satu kedai, usha package spa yang paling ok.Memang bersepah spa kat tepi-tepi jalan. Price kalau convert sama je lebih kurang dengan harga Spa kat M'sia. But then, tak sakit langsung dia urut! Sedap and lega! Apsal eh? Padahal dia panjat atas badan aku segala. Kalau kat sini, rasa nak terkencing menahan sakit kena urut. Urutan kat Bali sangat lah relaxing!
Then jalan-jalan kat Kuta Beach, just to kill the time. Flight petang. Aku tak impressed sangat lah dengan Kuta Beach, ala-ala PD je. Cantik lagi Dream Beach. Beli survenir kat tepi-tepi jalan tuh. Murah! Painting pun banyak gila, and sangat affordable. Tai tak beli pun. Sebab luggage dah penuh. Malas nak fikir lagi nak sumbat barang kat mana. Now, sila menyesal dinding rumah kau kosong takde lukisan artistic!
Kuta Beach |
Kuta Beach |
Sebelum meninggalkan Bali, mari kita akhiri dengan pemandangan yang super cantik ciptaan Tuan yang punya Alam.
Lagi sedap dari Starbucks! Tapi kat Mc' Cafe Malaysia macam belum ada je benda nih. Bila eh nak ada? Eh lupa. Kalau nak cari Supir kat bali, boleh try contact dia nih..
Bye bye Bali, Till we meet again!
No comments:
Post a Comment