Sydey Trip - Part 4 ( 28052014)

Keluar hotel dalam pukul 10 lebih macam tuh, weather sejuk kan? Memang sedap ah membuta. Haha. Dah nama bercuti, tak ada benda pun nak rush. So relax-relax sudah. 1st destination, kita breakfast lah dulu. Perut kena kenyang, baru semangat nak jalan kan?



Makcik lupa bawak belt! Tu, kegunaan lain tudung bawal selain pakai kat kepala. Kene lah pandai survive kan kan negara org. The best part is, rupanya selesa gila guna tudung bawal as belt! hahaha.

Kitorang breakfas dekat Mamak Village je. Turun dekat station Wynyard.  Nama Restaurant, Mamak Village.




Kitorang order roti telur bawang. Don't play-play okay! Sydney pun boleh dapat roti telur bawang. Minum miloice. milo dia best, pekat, tapi susu tuh macam ada bau pelik sikit. Tak tahu dia pakai susu apa. Aku macam tak gemar sangat bau susu tu.

 Selamba angkut basikal naik train. Train 2 tingkat, apa ade hal kan? 


Next destination, National Maritime Museum.  Yang nih ada 2 access. Full Access and 1 Access je. Kalau beli ticket Full Access, dapat lah naik kapal tu. tengok apa ada kat dalam. Kalau 1 Access, masuk bangunan je jalan-jalan. Sebab kan aku ada bawak baby. So tak boleh naik kapal tu. Jadi, laki aku je naik kapal tuh. Kitorang anak-beranak tunggu kat bawah je.

Harga ticket : Full Access - AUD 27


Tak pergi Sydney lah kalau tak jejak kaki kat Queen Victoria Mall kan? Tapi mostly barang-barang dia semua jenama yang high end lah. Makcik tak mampu. Jalan-jalan je lah cuci mata. 



Apa yang menyambut kau dipintu masuk. Aku beli sebab terpengaruh dengan cerita Runnning Man. Ji Hyo pernah beli kat sini Macarons. 

Macarons: AUD5/pcs






Structure dia macam bangunan lama-lama gitu. Tapi a bit classy lah kan? Baru match dengan nama queen tu.

Lunch dekat Ipoh York. Dekat York street. Area-area QVB nih jugak. Lunch hour is beratur sampai tangga ye orang, sila pergi bukan time peak hour. Baru dapat makan dengan tenang. Range meals dia ala-ala kopitiam lah. Nasi Ayam Hainam, Nasi Goreng daging, Mee Kari and macam-macam lagik. Aku tak sempat nak snap gambar makanan. Sebab orang penuh sesak tunggu seat. Jadi aku makan cepat-cepat and chow.



Sempat snap gambar miloice kegemaran je. Tapi still, ade bau susu tuh. Memang susu kat sana jenis berbau kot? 




Petang pun dah nak gelap, kitorang dah ready-ready nak balik hotel. Sebelum balik, lepak dekat area Sydney Opera House je. Tangkap-tangkap gambar buat kenangan.

No comments:

Post a Comment