Ke Sydney, Australia kita!Jom!
(Niat dihati sebenarnya nak pergi Europe Tour. Tapi anak kecil lagi. Suami tak nak travel yang "renyah")
Sydney pun Sydney lah! Asal Holiday kan?
Kitorang naik Air-AsiaX je. Airlines lain mahal membunuh. Kalau MAS, ticket sahaja dah dekat RM7k untuk kami 3 beranak. Tercirit nak membayar. Pergi Sydney je pun kan? Kalau pergi London ke, berbaloi ah jugak kot nak spend macam tuh. Makcik tak mampu!
Boarding pass Air- Asia dah canggih sekarang. Baru lah ngam dengan Airport baru tu kan? Dah tak macam dulu, pakai kertas receipt bodoh tuh je. Flight kitorang malam. Memang pilih malam. So that anak aku tido, and less meragam.
Aku antara yang terawal lah juga depart from KLIA2 nih. masa nak pergi tu, kemain berdebar. Sebab baca kat FB, Twitter, ada ramai tertinggal flight lah, departure hall jauh gila, 45minutes walking distance. Amboih, kemain kau exaggerate kan? Buat susah hati aku je. Berjalan ke merangkak Senah? Sampai 45 minutes. Padahal benda 10-15 minutes je pun.
Ticket Flight Air Asia-X (return) =RM 2800; Normal Fare. Takde promo
Additional Seat (return) = RM 200
Since we were traveling with infant, so aku memang nak sangat satu extra seat. Aku tak nak pangku anak aku 7 jam lebih weh. Dia tak selesa, aku tak selesa. Bukan holiday namanya tu. Biar semua selesa. Aku jugak tak suka nak harap ihsan FA untuk pindah kan seat aku if ade seat lain yang kosong. So aku beli siap-siap. Keluar duit sikit takpe. Janji aku dapat the "peace of mind"
Tu gambar sunset dekat KLIA2. Ramai gila orang parked tepi jalan and tangkap gambar kat situ. Gambar aku for sure lah tak cantik. Obviously aku tak creative and capture guna phone je.
Extra seat untuk anak aku. Dia tidur sepanjang 7 hours. Dari masa kat Departure Hall dia dah pengsan. Dia bangun betul-betul masa touch down. Bahagia makcik! Takde bunyi langsung dia. Safe and sound. I'm a proud mommy!
Sampai kat Sydney Kingsford Smith International Airport around 09:05 am local time. Sydney advanced 2 hours from M'sia. Beratur dekat Immigration kemain lah panjang. Luckily diorang sangat concern. So dia open another lane for us. Cepat lah sikit. Tapi cepat tak cepat sangat lah. Stroller pulak sangkut. Tak tahu hilang dekat mana. Tunggu punya tunggu tak sampai-sampai. Pergi dekat lost and found counter. Punya lah panjang q, officer incharge sorang je. Boleh? Berbulu je aku.
Dah dekat 15 minutes aku beratur, tiba-tiba one of the security officer suruh aku pergi tengok dekat bahagian excess bag. Hah. tercongok elok je stroller anak aku kat situ. Buang masa betul aku menunggu. Sabar je lah. Tempat orang kan.
Memang stroller kene collect kat bahagian tuh ke ape? Ke aku yang tak tahu. Maklumlah. 1st time bawa anak pergi oversea.
Immigration dia hardcore okay. Tak payah machine-machine scanner segala. Dia bawak anjing terus hidu kau! Anak aku menkekek-kekek tengok anjing tuh jalan dekat dengan dia. Aku pulak seriau. Kang mana pulak aku nak mecarik tanah nak samak segala kan?
Tapi don't worry. Tak kena pun anjing tuh dekat kau. Anjing kang dia boleh hidu dari jauh. Apetah lagi yang well trained kan? Alhamdulillah. Everything went well.
Apa yang penting. Kau declare semuanya. SEMUA! Kalau kau tak pasti either barang yang kau bawak tuh met the criteria listed in the declaration card ke tak, declare je jugak. Biar declare dari dia charge kau menipu ke ape kan? Tak pasal.
Nak pergi Australia kena apply VISA ye. Jangan korang sakan je beli ticket segala. VISA lupa nak apply. Ade 2 cara nak apply VISA (setahu aku).
- Through website Australian Visa Online
- Through travel agent
Aku choosed no. 2-based on blog reading. Nama PIC to Intan. Sangat baik, easy to deal with and very helpful. Kindly contact her here.
She will require the below info. So get the things ready. Charge will be RM20/passport. Seriously way cheaper than apply through website.
- copy passport
- mobile number
- email address
- flight details
- home address
Itu semua preparation sebelum nak pergi Sydney ye. Make sure semua complete. Kita kan nak pergi negara orang. Jangan careless, kalau jadi apa-apa kan dah susah.
Yang travel with kids, kena lagi jadi well prepared. Susu, pampers, baju sejuk, toys, minyak angin, tablet with downloaded videos yang dia suka, semua kena prepare. Jangan ambil mudah. Kang anak kau melalak dalam flight the whole 7 hours, tak ke haru. Bukan kesian kat kau je. kat passenger lain sama. Ingat the peace of mind tu penting!
No comments:
Post a Comment