Ombak Rindu

Aku baca novel nih dah lama..dari zaman sekolah dulu lagik.boleh kata nih antara novel yang "wajib" baca lah time duduk asrama dulu..siape tak baca, sorry! Tak "in" okay!


Tadi aku pergi tengok movie nih.Cubaan ke-2 ye...cubaan pertama gagal kecundang..berlari-lari balik dri office hari khamis lepas, meredah jalan yang sesak dan hujan lebat, sampai klcc, sedih!Fullhouse tau!sia-sia usaha gigih aku tau!kalau TGV punya website dah okay, boleh beli online..For sure aku tak payah bersusah payah sangat that day.

Balik je dri KLCC, aku dengan pantas bukak website GSC and book teros!senang...tak payah nak hampa kecewa segala. Tadi pun show fullhouse..Penoh sampai midnite.Oh my..ramai jugak peminat cerita nih!

Penoh kan?yang depan-depan je tinggal lagik.Tapi nih screenshot today's show lah..
Cerita okay...almost 2hours rasanya.Tapi slow sikit.Yelah..untuk bagi viewers menghayati setiap scene kan..dah love story, haruslah slow sket kan? Baru boleh feeling-feeling gitu!Sepanjang show tuh, memang aku boleh dengar lah "sok-sek" kat sekeliling aku. Org sedut hingus, sebab touching habis tengok cerite tuh!Siape yang baca novel tuh, memang akan touching lah!

Tak kurang jugak aku dengar boyfriend/kawan/suami yang sebok mengeluh cerita panjang sangat..bila nak habis nih?kamon abang2 sekalian..Sesekali meh ah "berada ditempat kejadian" bersama kami wanita-wanita berhati tissue nih! Kate sayang kan?
 
Apa yang kita baca dalam novel tak akan sama lah dengan apa yang dalam filem nih. For sure akan ade penambahan/penolakan. Ada banyak benda yang tak sama, but still filem nih okay. Lisa Surihani was doing great! Siapa sangka perempuan lemah lembut mcm tuh boleh jadi sgt psycho! Seriously kagum!

Kalau ikot taste aku..aku boleh bagi like 4 out of 5 stars. Cume pendapat aku, aksi yang mcm atas2 katil sangat tuh maybe boleh diganti dengan benda lain. Malaysian katenyer kan? Scene tuh dah lah lama..Mak pulak tersipu- sipu menahan malu nyah!

Siape yang belom pergi tengok..boleh lah pergi tengok..berbaloi!tapi kalau nak save, tunggu je Astro First..hehehe

Beli Perfume Murah

Semalam aku dengan gigihnyer tahan teksi segala semata2 nak pergi event nih. Sakit hati punya pasal tak dapat beli perfume kat Jusco last week. Sebab promoter macam lahanat. So aku decide nak try nasib kat sini.Plus tengok advertisement macam discount melampau kan?So saje je lah nak mencuba nasib.


Hotel Corus nih dekat Jalan Ampang, dekat dengan KLCC tuh. Mase aku pergi..tak ramai orang lagi..Sbb aku kan semangat.Pukul 10 dah tercangak kat hotel tuh. So sempat lah aku singgah 2-3 booths untuk pilih-pilih perfume mana yang nak beli. Lepas tuh, aku pun tak tahu orang datang dari mana. Macam tiba-tiba je dah penuh ballroom tuh dengan org. Orang beratur nak buat payment kemain lah panjang.





   



   

Terpakselah aku tukar strategy. Dari nak try-try segala jenis perfumes, aku just go for perfumes yang aku dah tahu bau dier sedap. Rembat dan terus que untuk bayar.Tak boleh dah nak try-try segala. Mari lihat hasil tangkapan ku! :)

Yang nih beli untuk bestfriend. Dier kirim. End up salah beli! Salah dier bagitahu Salah.Saye hanya menurut perintah.:)
Yang ni pujaan hati...harga asal dekat RM200 something.Tapi semalam dapat half price lah lebih kurang.Makcik Suka!

Yang nih beli berdasarkan nafsu..Prinsipnyer...asal murah,REMBAT!
Yang nih dalam perjalanan menuju ke kaunter je aku rembat. Tak tahu pun bau serupe ape.Masih, mengamalkan prinsip seperti diatas!
Worth it lah pergi bersesak-sesak kat sini. Instead of bayar RM300++ untuk one perfume kat shopping mall biase, aku boleh dapat 2/3 kat sini..(padan muka kau promoter tak dapat buat sales!). Sangat puas hati semalam..Tidur muka ala senyum...and yes!today semangat datang kerja! perfume baru kan....