Sydney Trip - Part 1 ( 25052014)

Ke Sydney, Australia kita!Jom!
  
(Niat dihati sebenarnya nak pergi Europe Tour. Tapi anak kecil lagi. Suami tak nak travel yang "renyah")

Sydney pun Sydney lah! Asal Holiday kan?


 
Kitorang naik Air-AsiaX je. Airlines lain mahal membunuh. Kalau MAS, ticket sahaja dah dekat RM7k untuk kami 3 beranak. Tercirit nak membayar. Pergi Sydney je pun kan? Kalau pergi London ke, berbaloi ah jugak kot nak spend macam tuh. Makcik tak mampu!

Boarding pass Air- Asia dah canggih sekarang. Baru lah ngam dengan Airport baru tu kan? Dah tak macam dulu, pakai kertas receipt bodoh tuh je. Flight kitorang malam. Memang pilih malam. So that anak aku tido, and less meragam. 

Aku antara yang terawal lah juga depart from KLIA2 nih. masa nak pergi tu, kemain berdebar. Sebab baca kat FB, Twitter, ada ramai tertinggal flight lah, departure hall jauh gila, 45minutes walking distance. Amboih, kemain kau exaggerate kan? Buat susah hati aku je.  Berjalan ke merangkak Senah? Sampai 45 minutes. Padahal benda 10-15 minutes je pun.

 
Ticket Flight Air Asia-X (return) =RM 2800; Normal Fare. Takde promo
Additional Seat (return) = RM 200

Since we were traveling with infant, so aku memang nak sangat satu extra seat. Aku tak nak pangku anak aku 7 jam lebih weh. Dia tak selesa, aku tak selesa. Bukan holiday namanya tu. Biar semua selesa. Aku jugak tak suka nak harap ihsan FA untuk pindah kan seat aku if ade seat lain yang kosong. So aku beli siap-siap. Keluar duit sikit takpe. Janji aku dapat the "peace of mind"



Tu gambar sunset dekat KLIA2. Ramai gila orang parked tepi jalan and tangkap gambar kat situ.  Gambar aku for sure lah tak cantik. Obviously aku tak creative and capture guna phone je.




Extra seat untuk anak aku. Dia tidur sepanjang 7 hours. Dari masa kat Departure Hall dia dah pengsan.  Dia bangun betul-betul masa touch down. Bahagia makcik! Takde bunyi langsung dia. Safe and sound. I'm a proud mommy!  

Sampai kat Sydney Kingsford Smith International Airport around 09:05 am local time. Sydney advanced 2 hours from M'sia. Beratur dekat Immigration kemain lah panjang. Luckily diorang sangat concern. So dia open another lane for us. Cepat lah sikit. Tapi cepat tak cepat sangat lah. Stroller pulak sangkut. Tak tahu hilang dekat mana. Tunggu punya tunggu tak sampai-sampai. Pergi dekat lost and found counter. Punya lah panjang q, officer incharge sorang je. Boleh? Berbulu je aku.

Dah dekat 15 minutes aku beratur, tiba-tiba one of the security officer suruh aku pergi tengok dekat bahagian excess bag. Hah. tercongok elok je stroller anak aku kat situ. Buang masa betul aku menunggu. Sabar je lah. Tempat orang kan. 

Memang stroller kene collect kat bahagian tuh ke ape? Ke aku yang tak tahu. Maklumlah. 1st time bawa anak pergi oversea.

Immigration dia hardcore okay. Tak payah machine-machine scanner segala. Dia bawak anjing terus hidu kau! Anak aku menkekek-kekek tengok anjing tuh jalan dekat dengan dia. Aku pulak seriau. Kang mana pulak aku nak mecarik tanah nak samak segala kan? 

Tapi don't worry. Tak kena pun anjing tuh dekat kau. Anjing kang dia boleh hidu dari jauh. Apetah lagi yang well trained kan? Alhamdulillah. Everything went well. 

Apa yang penting. Kau declare semuanya. SEMUA! Kalau kau tak pasti either barang yang kau bawak tuh met the criteria listed in the declaration card ke tak, declare je jugak.  Biar declare dari dia charge kau menipu ke ape kan? Tak pasal.

Nak pergi Australia kena apply VISA ye. Jangan korang sakan je beli ticket segala. VISA lupa nak apply. Ade 2 cara nak apply VISA (setahu aku). 

Aku choosed no. 2-based on blog reading. Nama PIC to Intan. Sangat baik, easy to deal with and very helpful. Kindly contact her here.

She will require the below info. So get the things ready. Charge will be RM20/passport. Seriously way cheaper than apply through website. 
  1. copy passport
  2. mobile number
  3. email address
  4. flight details
  5. home address

Itu semua preparation sebelum nak pergi Sydney ye. Make sure semua complete. Kita kan nak pergi negara orang. Jangan careless, kalau jadi apa-apa kan dah susah. 

Yang travel with kids, kena lagi jadi well prepared. Susu, pampers, baju sejuk, toys, minyak angin, tablet with downloaded videos yang dia suka, semua kena prepare. Jangan ambil mudah. Kang anak kau melalak dalam flight the whole 7 hours, tak ke haru. Bukan kesian kat kau je. kat passenger lain sama. Ingat the peace of mind tu penting! 




Jakarta

Macam biasa lah. Air Asia punya promo. So ke Jakarta lah kita. Tujuan: Nak beli barang kahwin untuk bestfriend aku, dan saje nak menggeletis perabih duit. Harus lah kan?

Kitorg stayed at Neo Hotel Mangga Dua. Berdepan dengan Mangga Dua WTC. Memang dekat lah. Seberang jalan je dah sampai. Cuma macam mana nak menyeberang tu seram sikit. Jakarta punya traffic kan, paham-paham je lah kan.


Review Hotel Neo Mangga Dua:

  1. Hotel Baru, Easy Access to WTC and ITC Mall (walking distance)
  2. Interior cantik, konsep modern, room kecil sikit
  3. No smoking in the room okay. Kalau kau degil smoke jugak, akan kena penalize IDR2million kalau tak silap.
  4. Food and beverages dekat cafe, biasa-biasa je. tak banyak pilihan sangat. Tapi okay lah. sesuai dengan harga. Bukan hotel mewah pun kan? What to expect?
  5. Room service tak payah order lah kot. Harga mahal. Portion sikit gila! Haritu order fries, dapat lah dlm segenggam pastuh harga dekat RM10. Tak berbaloi. 
  6. Ada spa services. Tapi macam haram. Communication among themselves serious sampah. Aku dah buat booking and re-confirmed dekat 3 kali dengan staff spa and receiptionist pasal booking aku. Kemain beriya semua "iya buk..bisa bukk". Tup-tup, seko pun tak muncul. Terpaksa melepaskan beberapa makian, baru dtg. Seorang staff dia nama Keke, memang mengundang kebencian betul. Jawapan Favourite dia " saya enggak tahu", diikuti dengan muka setahi mungkin.
  7.  Taxi bersepah depan hotel ni. takde masalah. Jangan pening
  8. Pagi bising sikit, sebab ade keretapi dekat dengan hotel nih. Tapi okay lah kan? Senang korang nak sembahyang subuh nanti. Ade wake up call.
  9. Untuk short period of stay okay lah aku rase. Harga pun okay
  10. Untuk further info: klik sini

Macam biasa lah, hari 1st sampai tu tak de buat apa sangat. Sampai pun dah petang. Letak beg, mandi solat segala, keluar balik, cari makan lah ape lagi kan?



Kitorang makan malam kat sini. Gambar is gelap gelita. Pakai phone je. Takde bawak camera canggih pun pergi sini. Mainly kat sini jual seafood. Kene pilih, macam kita beli kat pasar tu, bawak pergi kaunter, timbang and bagitahu nak masak style apa. Ada selected day yang diorang bagi 50% discount untuk selected menu. Masa kitorg pergi tu, discount 50% untuk udang! Yaribba..Yaribbaaa!


Yang ni udang masak manis apa ntah. Macam overcooked sikit. So dah jadi liat. Tapi still sedap!


Yang ini pula, Sotong goreng telur asin. Kalau garing kan sikit lagi ngam! Yang ini, makan sikit-sikit boleh. Banyak-banyak muak! Aku rasa sotong telur asin kat Gayang, Kota Kinabalu lagi champion kot.


Macam biasa, sambal terasi wajib ada. Ini akan melengkapkan menu lah. Cover habis semua rasa lain yang macam tak ngam. Paling sedap kat restaurant ni, ikan bakar dia aku rasa. Sauce dia champion! tapi belek-belek phone, takde pulak gambarnya. Sedap sangat lettew! tak sempat tangkap gambar. Sorry!

Total makan malam untuk 3 orang =IDR288,000 je. Dalam RM90 duit kita. Murah kan?? Mana nak dapat harga seafood melambak macam ni punya murah kat KL weh? Tak dapek do.

Korang maybe lah tengok ade 2 je main menu kat sini. Tapi percayalah. Kitorg order banyak gila. Nasi tambah, air tambah, desert tambah. Semua benda pun nak tambah! Sebelum aku dapat bill, aku expect total macam IDR1m++ sekali murahhh je.. menyesal tak order macam-macam lagi. 

Esoknya pergi Tanah Abang. Wajib lah pergi sana dah datang dekat Jakarta kan? Kata nak shopping.



Naik muntah weh. Pusing-pusing kain. Memang banyak gila. Cakap je lah kau nak corak macam mana segala. Semua ada. Lace, chiffon, lycra. semua pun adaaaa.....

Aku beli sikit je lah kain, member aku tuh beli berkodi-kodi. Dah kata nak kawen kan. Segala macam dia borong. Aku nak beli baju anak. Tapi tak boleh. Sebab apa? Sebab..Tanah abang ni buat konsep ala-ala Kenanga Wholesale Centre. Kene beli banyak-banyak. Minimum 4. Kau nak beli satu? Tak dilayan! Semua kedai akan display " Tidak bisa diecer". Ntah apa-apa punya konsep. Orang nak beli. Ko jual je lah kan? Dapat jugak duit. Sudahnya tak beli apa untuk anak aku. Mommy beli kat H&M je lah. kat sana bisa diecer!

Habis di Tanah Abang, sambung ke ITC Mangga dua. Yang ni, bersepah accessories, kasut and imitation bag. Tak beli apa sangat. Just sikit souvenir je. 

Dah tu je cerita 3 hari 2 malam kat Jakarta. 


Tips : Tak payah pakai supir. Naik blue bird lagi murah and senang. Unless kalau bawak anak kecil, tak selesa pulak nanti kan. Pandai-pandai lah korang adjust.

Kalau tanya nak pergi ke tak lagi Jakarta, jawapanya is NEHI. hahaha.




Tahukah Anda?


Bahawa coconut shake yang dijual kat dalam restaurant kat Pantai Klebang tu lebih sedap dari yang dijual ditepi jalan, walaupun owner adalah sama?

Note: Coconut shake ni ada jual kat tepi jalan satu, and satu lagi dekat bahagian dalam sikit. Tak jauh pun beza kawasan dia.Yang dalam tu macam restaurant sikit tempatnya. Aku rasa yang dalam punya lagi best! Dah try and compare 2 kali.






The Best Asam Pedas In Town

So called okay! Aku tak faham macam mana orang boleh recommend that kind of food as "sedap". Google lah asam pedas melaka, for sure akan keluar nama kedai ni. Ke dulu-dulu memang sedap gila, dah maju, macam biasa buat cincai boncai?



Aku dari Johor breakfast bihun goreng je that day. On the way, malas nak singgah-singgah rnr sebab memang dah plan nak makan asam pedas kat Melaka. Tak Melaka lah kalau tak ada asam pedas kan? Aku googled lah asam pedas yang ter-best kat Melaka. Most of the bloggers reviewed memang kedai ini lah yang ter paling. Ye.. Kedai ini.

Sampai Melaka around 2pm. Lepas check in hotel, zasss keluar balik menuju ke restaurant ni.Kebuloq bak hang! Sampai-sampai, kedai macam tutup. Dah frust. Sekali tengok kat online. Kedai buka pukul 5pm. Hampa. Bawak lah perot yang lapar pergi Mahkota Parade. Makan kfc je dulu. Kang petang-petang sikit, patah balik sini. Rancangnya.

Dalam pukul 6 lebih, datang balik kedai ni. Bahagia tengok meja banyak gila dah dibentang. Ada lah 2-3 meja yang ada orang makan. Kecur-kecur air liur aku turun kereta okay! Dah terbayang-bayang hirup kuah asam pedasnya.

After order, a few minutes, sampai. Orang tak ramai. Sebab tu service cepat.

Dimulakan dengan air. Aku order nescafe suam. Hurmm.. air suam-suam nih kau kena lekat bibir kau dekat cawan tuh kan? Aku is tak lalu. Cawan is so damn berkeladak. Tak tergamak aku nak lekat bibir aku kat situ. Aku telan air liur je lah. Fikir, tak pelah. Dalam kereta ada air mineral. Kang habis makan, baru minum.

  


Nasi sampai. Tak tahu nak cakap macam mana. Tiba-tiba terimbau kenangan makan dekat dining Kolej mase zaman asrama dulu. Dapat tangkap tak? Apa perasaan nya?

Okay..hero yang ditunggu-tunggu sudah tiba. Mempersembahkan......



 

Ikan masak minyak. Eh, ikan pari asam pedas claypot Kota Laksamana lah! Tang asam tu ada, tang pedas tu tak jumpa. Penat cari. 

Meh aku jujur eh, supaya tak mengecewakan orang-orang yang mengidam dan yang menaruh harapan tinggi. Orang yang mengandung contohnya. 

Rasa dia, macam ikan tu, di rendam dalam air panas, kemudian diberikan sedikit elemen masam. Itu sahaja. Ye itu sahaja. Tak lebih tak kurang.

Itu apa yang tekak aku boleh rasa lah lepas try asam pedas ni. Gua tak gebang kalau tak try okay! aku makan 2-3 sudu, angkat bontot, bayar, jalan. Malam tu order room service je. Nasi goreng dia walaupun tak famous tapi sedap, makcik restaurant hotel tu masak dengan penuh kasih sayang.