Sydney Trip - Part 2 ( 26052014)


Lepas habis segala masalah dekat Airport, kitorg cargas gerak nak pergi ke hotel. Badan dah berlengas weh! Bukan sebab weather. Weather okay 22c je. Autumn. Dingin gitew! Tapi berpeluh sakan sebab ke sana sini mencari stroller. Takde stroller memang azab weh. Bukan kecik-kecik anak yang nak dipikul kehulu kehilir 5 hari.

Dari airport, ambil train untuk ke hotel. Aku macam tak sabar nak tengok train dia. Sakai sikit. Dulu pergi New Zealand tak ada pun naik Public Transport. Sewa kereta. Teringin sangat nak tengok transportation system yang orang cakap efficient gila tu. Betul ke tidak kan?





Train dua tingkat bak hang! Tak payah berebut-rebut. Banyaaaaak gila seat kosong. That was Adam's first train ride. Memang efficient weh. Kalau dia kata 7 minutes, ngam 7 minutes on the dot train sampai depan kau. Walau coach train tu macam dah buruk-buruk je. Tapi still reliable.

Train Fee: AUD 15.70/ pax (infant free)
Convert Currency @3.04: RM 47.70/ pax

Dalam 25 minutes jugak lah dari airport nak sampai ke station untuk ke hotel aku. Jangan risau. Selagi kau pandai membace and speak English. Tak akan sesat punya. Semua ada tulis. Baca je. Kalau nak double confirmation, just ask around. Diorang sangat helpful and friendly. 



Tu hotel yang kitorang duduk untuk 5 days 4 nights. En-suite bathroom adalah criteria yang paling utama dalam pencarian hotel. Tak mau ah share dengan ntah-sapa-sapa bathroom kan? Takda privacy.

Sampai hotel around 01:00PM lah jugak. Ingat boleh terus masuk (dalam kepala dah set check in pukul 12. Napa ntah? Padahal sepatutnya pukul 3). Front desk during that time macam hareeem sikit. Lelaki. Tak helpful langsung. Kemain strict. Patut dia jadi Warden Penjara. Bukan front desk hotel. Dia cakap kena juga tunggu pukul 3. Tak de langsung usaha nak bagi aku masuk awal. Padahal bilik ada je. Dah ready kot. Aku tunggu lah kat lobby around 20 minutes. Dengan perut kebuloq. 

Aku saja menyusahkan receiptionist tuh. Mintak dia sediakan hot water lah, sebab nak sterelize bottle susu anak aku. Mintak tissue lah. Anak aku melalak lah. Sampai dia pun menyampah tengok muka aku kat lobby tuh memekak menyusahkan dia, last-last dia bagi aku kunci bilik. Hahaha. Padan muka kau. Kalau bagi dari tadi kan senang?

Ada orang M'sia jugak during that time. Tapi kemain berlagak muka pompuan tuh. Macam lah aku nak mintak duit dia. Nape ntah? Orang MLM kot. Selalu orang MLM je suka berlagak dan berbangga diri nih. Eh? Tiba-tiba.

Accommodation Charge : RM 1500 (total)

Lebih kurang RM 380 lah semalam charge hotel. Kalau kat M'sia boleh dpt hotel mewah dah. Concorde lepas dah. Tapi nih bilik memang super kecik. ngam-ngam letak katil queen satu, almari kecil, tempat letak beg and ade ruang untuk anak aku merangkak je. Muat-muat je untuk anak aku merangkak.  Tapi tak pe lah. Still selesa untuk kitorang 3 beranak. 

Kalau baca online, Hotel ni suggest kita untuk turun dekat Station Townhall. Then walk about 10 minutes untuk sampai. JANGAN terpedaya. Sebab kita sampai kan bawak beg berat. Kalau turun dekat Townhall, perjalanan macam mendaki bukit sikit untuk sampai ke Hotel. Mongah makcik! So aku advice turun dekat Central Station. Lebih selesa. Jalan rata, cuma ada 3 traffic lights untuk ditempuh. 


Sydney tengah musim Autumn, jadi siang tuh macam pendek. Dalam pukul 5 dah gelap. Sampai hotel, lepas mandi + makan + tidur (tak paham kenapa kena tidur lagi.hahah), baru siap-siap keluar. Memang tak ada perancangan nak pergi tempat hebat-hebat pun. Just nak sightseeing je dulu. So kita pergi Circular Quay. Nak tengok Vivid Sydney. Benda ni ada setahun sekali je. Luckily masa kitorang punya trip, ada event ni.







Show started at 7pm. Masa ni orang tak ramai sangat lah lagi. Sebab awal kan? Free je show ni. Unless kalau nak masuk Opera House tu, then only kena bayar AUD70 kot. Aku tak masuk. Jalan-jalan kat situ je.  Gambar macam haremmm. Pakai phone je. Digital Camera bawa. Tapi payah ah. Dengan Stroller anak lagi, nak bukak beg ambil camera lagi. So pakai je phone.  

1st day kat Sydney ended up sampai situ je. Tak tunggu sampai habis pun. Ada anak kecil. Aku rase event yang bersesak-sesak adalah sangat tak sesuai. Jadi lah, asal dapat tengok kan? Aku pun bukan pandai sangat nak appreciate seni-seni ni.



Dinner. Pizza hebat macam tuh, selamba je diorang buat. Tempting gila weh! Banyak je Halal Restaurant dekat area Hotel yang kitorg duduk tu (George Street). Jangan Risau!

Food Expenses Day 1 : 
Kebab AUD 10/pax = RM30.40/per pax
Pizza AUD 4/ slice = RM 12/per pax


Balik hotel around 9:00pm macam tuh, dah gelap gila. Mandi and tidur lagi! Esok pulak kita berjalan sakan

Sydney Trip - Part 1 ( 25052014)

Ke Sydney, Australia kita!Jom!
  
(Niat dihati sebenarnya nak pergi Europe Tour. Tapi anak kecil lagi. Suami tak nak travel yang "renyah")

Sydney pun Sydney lah! Asal Holiday kan?


 
Kitorang naik Air-AsiaX je. Airlines lain mahal membunuh. Kalau MAS, ticket sahaja dah dekat RM7k untuk kami 3 beranak. Tercirit nak membayar. Pergi Sydney je pun kan? Kalau pergi London ke, berbaloi ah jugak kot nak spend macam tuh. Makcik tak mampu!

Boarding pass Air- Asia dah canggih sekarang. Baru lah ngam dengan Airport baru tu kan? Dah tak macam dulu, pakai kertas receipt bodoh tuh je. Flight kitorang malam. Memang pilih malam. So that anak aku tido, and less meragam. 

Aku antara yang terawal lah juga depart from KLIA2 nih. masa nak pergi tu, kemain berdebar. Sebab baca kat FB, Twitter, ada ramai tertinggal flight lah, departure hall jauh gila, 45minutes walking distance. Amboih, kemain kau exaggerate kan? Buat susah hati aku je.  Berjalan ke merangkak Senah? Sampai 45 minutes. Padahal benda 10-15 minutes je pun.

 
Ticket Flight Air Asia-X (return) =RM 2800; Normal Fare. Takde promo
Additional Seat (return) = RM 200

Since we were traveling with infant, so aku memang nak sangat satu extra seat. Aku tak nak pangku anak aku 7 jam lebih weh. Dia tak selesa, aku tak selesa. Bukan holiday namanya tu. Biar semua selesa. Aku jugak tak suka nak harap ihsan FA untuk pindah kan seat aku if ade seat lain yang kosong. So aku beli siap-siap. Keluar duit sikit takpe. Janji aku dapat the "peace of mind"



Tu gambar sunset dekat KLIA2. Ramai gila orang parked tepi jalan and tangkap gambar kat situ.  Gambar aku for sure lah tak cantik. Obviously aku tak creative and capture guna phone je.




Extra seat untuk anak aku. Dia tidur sepanjang 7 hours. Dari masa kat Departure Hall dia dah pengsan.  Dia bangun betul-betul masa touch down. Bahagia makcik! Takde bunyi langsung dia. Safe and sound. I'm a proud mommy!  

Sampai kat Sydney Kingsford Smith International Airport around 09:05 am local time. Sydney advanced 2 hours from M'sia. Beratur dekat Immigration kemain lah panjang. Luckily diorang sangat concern. So dia open another lane for us. Cepat lah sikit. Tapi cepat tak cepat sangat lah. Stroller pulak sangkut. Tak tahu hilang dekat mana. Tunggu punya tunggu tak sampai-sampai. Pergi dekat lost and found counter. Punya lah panjang q, officer incharge sorang je. Boleh? Berbulu je aku.

Dah dekat 15 minutes aku beratur, tiba-tiba one of the security officer suruh aku pergi tengok dekat bahagian excess bag. Hah. tercongok elok je stroller anak aku kat situ. Buang masa betul aku menunggu. Sabar je lah. Tempat orang kan. 

Memang stroller kene collect kat bahagian tuh ke ape? Ke aku yang tak tahu. Maklumlah. 1st time bawa anak pergi oversea.

Immigration dia hardcore okay. Tak payah machine-machine scanner segala. Dia bawak anjing terus hidu kau! Anak aku menkekek-kekek tengok anjing tuh jalan dekat dengan dia. Aku pulak seriau. Kang mana pulak aku nak mecarik tanah nak samak segala kan? 

Tapi don't worry. Tak kena pun anjing tuh dekat kau. Anjing kang dia boleh hidu dari jauh. Apetah lagi yang well trained kan? Alhamdulillah. Everything went well. 

Apa yang penting. Kau declare semuanya. SEMUA! Kalau kau tak pasti either barang yang kau bawak tuh met the criteria listed in the declaration card ke tak, declare je jugak.  Biar declare dari dia charge kau menipu ke ape kan? Tak pasal.

Nak pergi Australia kena apply VISA ye. Jangan korang sakan je beli ticket segala. VISA lupa nak apply. Ade 2 cara nak apply VISA (setahu aku). 

Aku choosed no. 2-based on blog reading. Nama PIC to Intan. Sangat baik, easy to deal with and very helpful. Kindly contact her here.

She will require the below info. So get the things ready. Charge will be RM20/passport. Seriously way cheaper than apply through website. 
  1. copy passport
  2. mobile number
  3. email address
  4. flight details
  5. home address

Itu semua preparation sebelum nak pergi Sydney ye. Make sure semua complete. Kita kan nak pergi negara orang. Jangan careless, kalau jadi apa-apa kan dah susah. 

Yang travel with kids, kena lagi jadi well prepared. Susu, pampers, baju sejuk, toys, minyak angin, tablet with downloaded videos yang dia suka, semua kena prepare. Jangan ambil mudah. Kang anak kau melalak dalam flight the whole 7 hours, tak ke haru. Bukan kesian kat kau je. kat passenger lain sama. Ingat the peace of mind tu penting! 




Jakarta

Macam biasa lah. Air Asia punya promo. So ke Jakarta lah kita. Tujuan: Nak beli barang kahwin untuk bestfriend aku, dan saje nak menggeletis perabih duit. Harus lah kan?

Kitorg stayed at Neo Hotel Mangga Dua. Berdepan dengan Mangga Dua WTC. Memang dekat lah. Seberang jalan je dah sampai. Cuma macam mana nak menyeberang tu seram sikit. Jakarta punya traffic kan, paham-paham je lah kan.


Review Hotel Neo Mangga Dua:

  1. Hotel Baru, Easy Access to WTC and ITC Mall (walking distance)
  2. Interior cantik, konsep modern, room kecil sikit
  3. No smoking in the room okay. Kalau kau degil smoke jugak, akan kena penalize IDR2million kalau tak silap.
  4. Food and beverages dekat cafe, biasa-biasa je. tak banyak pilihan sangat. Tapi okay lah. sesuai dengan harga. Bukan hotel mewah pun kan? What to expect?
  5. Room service tak payah order lah kot. Harga mahal. Portion sikit gila! Haritu order fries, dapat lah dlm segenggam pastuh harga dekat RM10. Tak berbaloi. 
  6. Ada spa services. Tapi macam haram. Communication among themselves serious sampah. Aku dah buat booking and re-confirmed dekat 3 kali dengan staff spa and receiptionist pasal booking aku. Kemain beriya semua "iya buk..bisa bukk". Tup-tup, seko pun tak muncul. Terpaksa melepaskan beberapa makian, baru dtg. Seorang staff dia nama Keke, memang mengundang kebencian betul. Jawapan Favourite dia " saya enggak tahu", diikuti dengan muka setahi mungkin.
  7.  Taxi bersepah depan hotel ni. takde masalah. Jangan pening
  8. Pagi bising sikit, sebab ade keretapi dekat dengan hotel nih. Tapi okay lah kan? Senang korang nak sembahyang subuh nanti. Ade wake up call.
  9. Untuk short period of stay okay lah aku rase. Harga pun okay
  10. Untuk further info: klik sini

Macam biasa lah, hari 1st sampai tu tak de buat apa sangat. Sampai pun dah petang. Letak beg, mandi solat segala, keluar balik, cari makan lah ape lagi kan?



Kitorang makan malam kat sini. Gambar is gelap gelita. Pakai phone je. Takde bawak camera canggih pun pergi sini. Mainly kat sini jual seafood. Kene pilih, macam kita beli kat pasar tu, bawak pergi kaunter, timbang and bagitahu nak masak style apa. Ada selected day yang diorang bagi 50% discount untuk selected menu. Masa kitorg pergi tu, discount 50% untuk udang! Yaribba..Yaribbaaa!


Yang ni udang masak manis apa ntah. Macam overcooked sikit. So dah jadi liat. Tapi still sedap!


Yang ini pula, Sotong goreng telur asin. Kalau garing kan sikit lagi ngam! Yang ini, makan sikit-sikit boleh. Banyak-banyak muak! Aku rasa sotong telur asin kat Gayang, Kota Kinabalu lagi champion kot.


Macam biasa, sambal terasi wajib ada. Ini akan melengkapkan menu lah. Cover habis semua rasa lain yang macam tak ngam. Paling sedap kat restaurant ni, ikan bakar dia aku rasa. Sauce dia champion! tapi belek-belek phone, takde pulak gambarnya. Sedap sangat lettew! tak sempat tangkap gambar. Sorry!

Total makan malam untuk 3 orang =IDR288,000 je. Dalam RM90 duit kita. Murah kan?? Mana nak dapat harga seafood melambak macam ni punya murah kat KL weh? Tak dapek do.

Korang maybe lah tengok ade 2 je main menu kat sini. Tapi percayalah. Kitorg order banyak gila. Nasi tambah, air tambah, desert tambah. Semua benda pun nak tambah! Sebelum aku dapat bill, aku expect total macam IDR1m++ sekali murahhh je.. menyesal tak order macam-macam lagi. 

Esoknya pergi Tanah Abang. Wajib lah pergi sana dah datang dekat Jakarta kan? Kata nak shopping.



Naik muntah weh. Pusing-pusing kain. Memang banyak gila. Cakap je lah kau nak corak macam mana segala. Semua ada. Lace, chiffon, lycra. semua pun adaaaa.....

Aku beli sikit je lah kain, member aku tuh beli berkodi-kodi. Dah kata nak kawen kan. Segala macam dia borong. Aku nak beli baju anak. Tapi tak boleh. Sebab apa? Sebab..Tanah abang ni buat konsep ala-ala Kenanga Wholesale Centre. Kene beli banyak-banyak. Minimum 4. Kau nak beli satu? Tak dilayan! Semua kedai akan display " Tidak bisa diecer". Ntah apa-apa punya konsep. Orang nak beli. Ko jual je lah kan? Dapat jugak duit. Sudahnya tak beli apa untuk anak aku. Mommy beli kat H&M je lah. kat sana bisa diecer!

Habis di Tanah Abang, sambung ke ITC Mangga dua. Yang ni, bersepah accessories, kasut and imitation bag. Tak beli apa sangat. Just sikit souvenir je. 

Dah tu je cerita 3 hari 2 malam kat Jakarta. 


Tips : Tak payah pakai supir. Naik blue bird lagi murah and senang. Unless kalau bawak anak kecil, tak selesa pulak nanti kan. Pandai-pandai lah korang adjust.

Kalau tanya nak pergi ke tak lagi Jakarta, jawapanya is NEHI. hahaha.




Tahukah Anda?


Bahawa coconut shake yang dijual kat dalam restaurant kat Pantai Klebang tu lebih sedap dari yang dijual ditepi jalan, walaupun owner adalah sama?

Note: Coconut shake ni ada jual kat tepi jalan satu, and satu lagi dekat bahagian dalam sikit. Tak jauh pun beza kawasan dia.Yang dalam tu macam restaurant sikit tempatnya. Aku rasa yang dalam punya lagi best! Dah try and compare 2 kali.