Sydney Trip - Part 6 (30052014)

Hari last kat Sydney. Memang tak ada activity. Just nak sight seeing je. Chekout hotel pukul 10am. Kemain awal kan? Benci betul aku policy semua hotel-hotel nih. Check in kemain lambat. Check out nak cepat je.

Disebabkan flight malam, jadi kita tinggalkan lah beg and segala macam mak nenek dekat hotel. Nanti nak pergi airport baru ambil. Free of charge je tumpang beg kat hotel tuh.



Pagi tu, kita pergi Paddy Market. Nak shopping Souvenir sikit untuk ku bawa pulang. Seriously murah gila kat sini. Macam-macam benda lah ada. Mostly t-shirt, fridge magnet, toys, handbag and macam2 lagik. Even dia punya vendors pun boleh cakap Melayu uolls! Dah rasa macam pergi uptown pulak.  



Contoh : Slipper yang aku pakai tu, kalau beli dekat shoplot biasa, harga dia (AUD8-9). Kat Paddy Market around AUD3 je. Menyirap ke tidak?? hahaha. kat tempat orang kan, losses macam nih memang perkara normal.








Dah habis dah trip ke Sydney. Overall okay lah. Everything went well. Takda lah bad experience kat sana. Sangat relaxing. Makan pun senang, jalan pun senang. Hati lagi lah senang kan?

Bye-Bye Sydney. Tak kan datang lagi lah kot. Kau ingat aku kaya asyik nak pergi Sydney je? Nak lah kumpul duit merasa pergi negara lain pulak kan?




Sydney Trip - Part 5 (29052014)

Hari ini kita ke pantai you alls. Bondi Beach. Dengan harapan konon nak bawak anak cecah-cecah kaki kat pasir pantai. Orang kata pasir pantai boleh ransang otak budak dengan cepat lah apa lah. Biasa lah, mak-mak facebook, bila baca, sedikit sebanyak pasti lah terpengaruh kan? Padahal kau dulu tak ada pun ke pantai segala. Elok je sihat membesar kan? 







Tu hah. Cecah kaki lah sangat. Elok anak aku membuta sepanjang kat sana. Tak kan aku laki bini nak beriya mandi-manda segala kan? Jadi kita jalan-jalan je lah.. Tunggu anak aku tak bangun-bangun. Kena angin sejuk kan? Lagi lah payah dia nak bangun. Habis jalan, kita patah lah balik ke town. Malas nak tunggu lama-lama

Nak pergi Bodi Beach, naik train samapi ke Bondi Juction, then turun naik bus pulak. Dalam 10-15 minutes naik bus sampai lah Bondi. Cantik weh pantai nih! Ramai orang surfing jugak.

Balik dari Bondi. Kitorang jalan-jalan dekat flea market just cuci mata. Tak nak beli apa-apa pun. Tunggu kat Paddy Market nanti.





Masa kitorang turun dari bus tuh, turun betul-betul dekat kedai ni. Ada sale perfume gila-gila punya murah. Brand yang selalu kita bayar buta-buta 3-4 ratus kat M'sia, kat sini dia jual AUD20 je. Murah gilaa kan? Sekarang baru menyesal tak beli banyak. Aku beli dalam 7 bottles je. Untuk family members as souvenirs.






 

Disebabkan hari masih cerah, so kitorang round-round dekat The Rock je.  Yang ni dekat area Circulay Quay je. Senang sikit nak kejar train nak balik hotel nanti.  Kalau tak silap, on Saturday ada Flea market dekat sini. Masa kitorang pergi tak dapat flea marketnya. Kitorang pergi hari Khamis.

  
Setiap kali balik berjalan, aku gigih ajak suami ku turun dekat town hall. Sebab nak beli air nih. Sedap weh. Macam mana ntah nak describe. Kene try sendiri.