Burger Bob AU5

Semalam balik office awal sikit. Around 6.00 laki aku dah sampai nak pick up aku. So, banyak lah sikit masa terluang. Fikir punya fikir nak makan apa, last-last decide nak makan burger. Selalu makan burger Abg Lan je. Area Wangsa Maju, tapi semalam macam nak tukar selera. Start motor, teros menuju ke AU5. Bace kat blog/twitter/fb ramai orang kata burger kat sini best. So, let's try!

Sampai-sampai kat sana, brader tu belom siap set up lagik. Lagi 15 minit katanya, so kitorg terpakse lah pergi minum kejap kat medan selera AU tuh (sebelah Petronas). Dah lepak minum 20 minutes, datang balik..x siap jugak lagik..Aku dah mula berangin. Aku kan obses dengan masa. Kalau orang janji 15 minutes, memang aku pegang 15 minutes. Tapi sebab laki aku pun lapa, balik keje. So aku "bersabar" lah kejap. Tunggu brader tuh siapkan burger kitorg.

Brother Bob in Action!

Tunggu dalam 10 minutes lah jugak lagi sebelum dapat burger kitorg..Sabar je lah senah! Ade duit, nak makan pun susah. Dari pukul 6.30 sampai lepas maghrib, menuggu 2 bijik burger! Oh Dunia....




  
So called burger BOB


Side view.(P/S: Cheese tuh tambah sendiri!)

Are you Readyyyyy?????

Okay, Sedap! Besar dan gebu..Sangat sesuai dimakan ketika perot tengah mengelupur gila kelaparan. Walaupun kene tunggu lama..tapi berbaloi lah kot! Kitorg order burger ayam special and daging special. Sebijik RM 4 je. Ada macam-lagi lah jenis burger yang dijual. Tapi aku kan typical, pergi lah mana pun..Balik-balik burger ayam. Kalau nak hebat sikit, aku pilih burger daging. Harammm nak try benda lain!

Siapa yang nak try, stall nih sebenarnya depan rumah dia je. Dekat Au5. Sebelum Petronas Au5 tuh, ade lorong, masuk kiri (kalau dari arah Giant Taman Permata). Masuk lorong yang ade Singboard Masjid apa ntah! Lupa!hehehehe. Rumah dia ada gantung no plate WMF 4047! Good Luck!

Lawak ke der?

No doubt! Memang lawak habis der..Tak rugi duit beli tiket..puas hati..hilang segala stress..rahang macam sakit gila, sebab gelak tanpa henti.. 

Ticket
Mampu beli tiket upper circle je..Tapi agak lucky jugak sebab kitorang dapat front row...Memang all the times kitorang tak sandar pun..Kalau sandar, tak nampak show..Macam biasa, benda murah..wajib gigih sikit. Tapi, seriously berbaloi- baloi. Tiket malam ni, untuk show Jozan, Harith Iskander and Boboi..Nabil as emcee je..tapi dia pun buat lawak jugak. selit-selit je lah pun..Dah nama pun Nabil, pepaham je lah..kejap pun memang macam nak jatuh dari seat aku gelak!Actually, aku expect Nabil pun akan perform, tapi takpelah..puas hati jugak..walaupun lawak dia kejap je.Kalau lama..perghhhh.Lagi syiok..





Harith Iskander - Aku memang dah "ter" under estimate. Honestly, before this memang aku tak rasa dia lawak pun. Sebab aku tengok dia pun dekat tv.Iklan Nescafe and Celcom. Tak nampak lawak langsung pun dia time tuh. But tonight, memang aku kagum la..Dia memang talented! Selamba je dia punya lawak, tapi bagi impact gila-gila kat audience. Perform solo lagi..Kelasss kau Harith!

Boboi - Haih lah..senak perot weh! Hall memang riuh sepanjang masa..selang berapa saat je..bergema..audience gelak. Takde pun moment yang memboringkan. Afdlin dengan lawak genius dia, Harum Salim Bachik, tak payah buat lawak.Tengok muka dia pun dah lawak dah..:)Crowd malam nih pulak memang sporting and happening.Lawak diorang banyak yang sama/sambungan dari Maharajalawak Mega. So, as audience, kitorang tahu lah nak respond mcm mana bila boboi nak interact dengan kitorg..

JOZAN - Yeah..Inilah masa yang ditunggu-tunggu! Memang teramat lah lawak. Sampai ada masa, show mcm stop kejap, sebab diorang yang buat lawak atas stage tuh pun tak dapat nak tahan gelak..Gifted gila diorang nih. Cepat je dapat cover kat mana yang kurang, tersalah and then tuka jadi lawak! Superb....Ini memang lawak der...Ah chai and Mail Lambung dah jadi mcm their new " brand". Tengok dress up je, audience dh boleh tahu. Cume malam nih, tak de awan nano ;p Show lama lagi, so siapa yang stress, depress, and need some entertainment..This is your chance! Book your ticket. Tak akan menyesal punya..Berbaloi....

Boleh check kat Website Ticket2u ni untuk beli ticket.Selling fast tau semua ticket nih! So, don't miss it!


Adab Berdoa

Gamba dari Google Image

Aku sangat tak paham kenapa ramai orang suka "berdoa" dekat wall facebook? Why?Apekah tujuan mereka? Bagi aku, berdoa means ko betol2 berdoa lah..Minta ape yang kau hajatkan. Obviously you really need all your doa to be granted by ALLAH. So, why on earth ade yang suka sgt "recite" doa on wall facebook. Nak mintak tolong dari siapa sebenarnya?





    

Fine, if something bad happened to you, and then kau minta belas ehsan kawan/kawan or saudara mara terdekat untuk doa sama-sama.  (kematian, kemalangan, kesakitan...contoh!). It's okay...But then, if setiap hari pun kau nak post doa on that stupid wall ( which, aku tak berapa nak pasti "doa" tu betol doa ke tak?) ape kah tujuannya? Nak raih simpati ke ape?

Faham tak ape yang aku bebelkan ni? Tak paham? Okay... Aku bagi contoh:

"Ya Allah Ya Tuhanku..kau tetapkan lah iman ku, kau permudahkanlah urusanku, kau murahkan lah rezeki...and blaaa...bla....bla...blaaa.."
  • Nampak tak kat sini? Kau nak mintak doa kat Tuhan kan? So kenapa perlu post kat wall facebook? It should be done in a such a proper way. Which means kau ikot adab-adab berdoa. Nak minta something dari TUHAN kot.. Kenapa ambil mudah?Aku tak nampak mana rational nya, nak minta something dari Tuan empunya alam semesta, tapi post kat facebook.Oh...come on!
Sebelum nak meluat dengan entry aku ni, let me clarify. Yes! aku tak bagus and tak de lah pandai sangat bab agama. Tapi aku rasa benda nih sangat lah basic. Cuma ramai orang ambil mudah for the sake of technology..(kot??) nak nampak macam up-to-date mungkin! 

Kita semua ada belajar benda-benda nih dulu, but then maybe kita ingat kita dah tahu, then the learning process should be stopped.  Bila kita stop, banyak benda yang selama ni kita buat,rupa2nya salah and kita   "tak sempat" nak ambil tahu. So..why wait? Make a change. Bak kata Ustaz Don.Jangan berhenti belajar.

Bawah nih ada adab-adab berdoa:

1) ANGKAT TANGAN KE PARAS DADA

2) RAPATKAN KEDUA-DUA BELAH TAPAK TANGAN

3) “APABILA URAT TANGAN BERTEMU IA AKAN MENJADI SEPERTI HURUF BA ب . TITIK BA TERLETAK DI HATI KITA. KEDUDUKANNYA RENDAH DARI TANGAN YG KITA TADAH. SETIAP HURUH HIJAIAH DIDALAM AL QURAN ADA MALAIKAT YANG MENJAGANYA. HURUF BA DIJAGA OLEH MALAIKAT BERNAMA ‘HAR HAYAAIL’. MALAIKAT INI AKAN MENGANGKAT DOA KITA TERUS MENGHADAP ALLAH TANPA SEBARANG PERANTARA. OLEH ITU BERDOA BERSUNGGUH-SUNGGUH DENGAN PENUH PENGHARAPAN.

4) DUDUKLAH DALAM KEADAAN SOPAN SEPERTI DUDUK IFTIRASY DAN DUDUK TAHIYAT AKHIR. JIKA BERDIRI TEGAKKAN BADAN BETUL-BETUL DAN JANGAN MENYANDAR / BERSANDAR.

5) SEPANJANG BERDOA, BANYAKKAN MEMUJI KEBESARAN ALLAH DAN MENYEBUT NAMA-NAMA ALLAH YANG LAIN YANG BERSESUAIAN DENGAN KEPERLUAN DOA KITA PADA MASA ITU. CTHNYA… JIKA BERDOA MOHON DIPERMUDAHKAN REZEKI, SEBUTLAH NAMA ALLAH AR-RAZAQ DAN DISUSULI JUGA DENGAN BERSALAWAT NABI SAW

6) BERDOALAH BERSUNGGUH-SUNGGUH DARI HATI. GUNALAH BAHASA YG DAPAT DIFAHAMI KERANA ALLAH MAHA PENGASIH DAN SANGAT MEMAHAMI DAN MENDENGAR SEGALA BICARA TULUS HAMBA-HAMBANYA

7) AJARKANLAH ADAB BERDOA KEPADA SELURUH AHLI KELUARGA SEDARI USIA KECIL KERANA INSYA ALLAH IA AKAN DAPAT MEMBENTUK PERIBADI BAIK DALAM KEHIDUPAN.



 Article nih aku ambil dari Oh Islam. Kat sana ada details lagi..Try baca okay? Tak rugi apa pun!


Gambar: Tok Guru pun berdoa penoh kusyuk.Penuh rendah diri. Nih Tok Guru tau!TOK GURU. Kita ni siapa lah sgt. boleh pulak nak ambil mudah "berdoa" ala-kadar je. Men post-post kat facebook je..Jom sama-sama fikirkan...