"the parasite, benefits at the expense of the other"
Sepanjang aku hidup ni, memang banyak dah jumpa orang yang live as a parasite. Tumpang orang untuk dapat kesenangan sendiri. And most of them macam born that way. Tak ada perasaan. Kau sindir lah mcm mana pun, dia tetap buat selamba. Tak akan terasa apa-apa. Simply defined as thick face.
Dulu masa belajar memang bersepah orang macam nih. Ajak makan tak nak makan, diet/ tak ada selerea katanya. Tapi bila kau dah beli makanan, and bukak je mulut offer dia, Siap! Telan air liur je lah kau lepas tu. Dia hadap makanan tuh sampai licin okay. Tahap orang kebulur. Senang hidup kan? Perut sendiri pun kau segan nak isi. Mengharap kudrat orang lain! Aku dulu mmg ade kawan rapat yang macam nih. Sekali kau dapat lah pau aku. Lepas tuh, kau amek je lah bau aku makan kan. Cantik muka kau? Aku pulak nak tanggung makan minum kau kan? Boleh blah.
Masa buat Degree dulu, rezeki aku lebih sikit. Ayah bagi pakai kereta. Senang nak ulang balik rumah weekend *read-tak payah lah ayah nak bersusah payah datang pick up aku setiap ari Jumaat.Semak je!. So ramai lah yang bagi idea:
"Jom lah tong-tong pergi class. Jimat sikit expenses kau"
Tong tengkorak kau! Seminggu je lah masing-masing sudi keluar duit pun. Lepas tuh harammm... Time aku berhenti nak isi minyak, masing-masing buat dek je....main henpon lah. Buat tak nampak je aku keluar duit. Ok. main kasar kan? Esok sila lah berjalan kaki masing-masing tengah panas pergi/ balik kelas. Aku je sorang keluar duit. So aku je lah naik kereta.
Dah lah masing-masing tak reti nak rase malu menumpang. Kau yang menumpang, aku pulak yang kene tggu kau bersiap segala kan? Aku kalau tumpang orang, aku akan make sure at least aku ade 15 minutes before the actual promised time. Dah aku yang tumpang, aku lah kene tunggu bukan orang yang tunggu aku.
Paling sial aku penah tumpangkan kawan aku. Dari Shah Alam ke Puduraya. Aku fikir on the way aku nak balik rumah kan, tak pelah tumpang sekali. Aku memang ikhlas pun masa tuh. Sungguh! On the way, aku singgah Petronas, nak beli air. Tapi dia yang turun sebab dia pun nak beli barang, aku kirim lah beli air kotak.
Dah sampai Puduraya, masa dia nak keluar kereta, boleh dia claim kat aku RM 1.30 untuk harga air kotak yang dia belikan tadi! Percaya tak? Lahanat kan? Aku tolong bawak kau dari S.Alam ke KL without any charge, yet kau mintak aku bayar duit air kotak tuh? Seee? Parasit memang tak tahu malu. Confident level tinggi tahap dewa!
Apsal eh ade orang macam nih? Aku kadang-kadang pelik. Takde rase malu ke? Zaman serba canggih manggih nih ade lagi yang berharap nak hidup senang and free? Come on lah. Be real. Kalau pun kau tengok orang tuh berduit, doesn't mean duit dia tu untuk kau tumpang untuk kehidupan kau sekali. Each of us ade commitment! Kita semua bukan kaya raya tahap dewa sampai tak tahu nak buat apa dah dengan duit kita, therefore boleh buang suka-suka hati kat orang lain.
Be considerate. Let say keluar sama-sama dengan kawan, kalau dia dah bayar makan, kau jangan buat pekak! Bayar lah ticket wayang ke, parking ke, toll ke. Gilir-gilir lah. Dia bayar satu, kau bayar satu. Baru lah orang bernafsu sikit nak keluar bergembira dengan kau. Ini dah lah kau ape pun tak ade, orang provide (i.e: transportation), yet kau nak kedekut lagi. Duit dalam purse kau, kau kepit ketat-ketat. Duit dalam purse orang, kau nak kitai selagi mampu!
Jangan jadi parasit! Live on your own!
No comments:
Post a Comment