Dah jadi mak yang bekerjaya ni, masa kerja sangat lah limited. Isnin-Jumaat kerja. Sabtu Ahad cuti. Yang cuti 2 hari tu lah bekejar-kejar nak kemas rumah, nak masak sedap-sedap untuk family, nak spend quality time dengan anak, nak pergi kenduri sedara mara kahwin lah, macam-macam hal!
Nak pergi memanja-manja kan diri kat SPA tu memang perkara paling last lah yang ada dalam list. Tapi disebabkan azam tahun baru ni, aku nak menjaga kebajikan badan sendiri, jadi aku gagahkan juga nak spend 2hours untuk SPA. Walaupun suamiku bagi jelingan tajam masa drop kan aku kat SPA tu. Ada aku kesah? Badan nak pakai lama oiii!
So this time aku pilih Chantiqa SPA, dekat Taman Melati, Sebelah highway MRR2. Ala, dekat line Restaurant Upin-Ipin, Satay Haji Samuri tu. Tahu? Tak tahu, waze/ google please!
Mula-mula ingat nak buat facial je. Sebab tak nak lah spend masa lama sangat kan. Sekali ada promo lah pulak! Makcik lemah sikit promo-promo ni, memang wajiblah nak sebat!
Deco and music dia ala-ala Bali gittew. Nak pergi Bali mahal sangat. Datang je lah sini, lebih kurang je.. Masa aku datang tak ada orang sangat. Aku pun walk in je. Diorang kata selalu weekend memang ramai orang. Better buat appointment dulu. Kang hampa kecewa. Aku aritu kira nasib baik.
Bilik mengurut ada yang untuk seorang macam nih, and ada jugak untuk
berdua. Kalau datang dengan kawan, boleh lah sambil berurut sambil
menjoyah kan? Baru meriah.
Biasalah. ,mula-mula rendam kaki dengan air panas dulu. Bagi longkah daki-daki kan? Pastu dia suruh bertangas (panas gila oii. Rasa terbakar pungkoq!), then baru urut. Urut sepatutnya 45 minutes je. Tapi disebabkan rezeki aku baik, orang tak ada, jadi diorang tak berkira pun nak extend masa. Sejam lebih jugak aku dapat. Lepas urut ada scrub, and body polishing. Lepas tuh ada sesi berendam dalam air yang dipenuhi fresh flowers and bau wangi segar gila. Refreshing sangat!
Aku just kena bayar RM 180 je untuk 2hours++ punya session which included:
- Foot soak
- Bertangas (10 minutes)
- Full Body Massage
- Full Body Scrubs
- Body Polishing
- Berendam-Macam-Badak Mandi Bunga.
- 2 Cawan Teh Rempah Ratus
Aku rasa berbaloi lah duit yang aku keluar dengan service yang aku dapat. Semua selesa. Rasa bahagia. Kalau terasa nak cuba, bawah address/ contact number SPA Chantiqa:
No comments:
Post a Comment