Mak Mertua Jahat

Aku nih kire follower tegar jugak lah citer Tentang Dhia kat TV3 tuh.Macam mana boleh terjebak pun tak tahu..Hari-hari kalau boleh nak balik cepat sebab nak tengok cerita nih, kalau tak sempat aku sanggup tengok TONTON.



Laki aku cukup marah aku tengok cerita nih. Semenjak kes si Dhia tuh dah mati, pastuh hidup balik. Dier kemain berangin..Aku buat pekak je layan jugak cerita nih. Cerita nih makin menjadi-jadi sekarang nih, kemain lahanat mak mertua si Dhia tuh. Tapi nasib baik lah Dhia tuh macam dah "berotak" sikit. Kalau tak memang rase nak lempang-lempang je..Darah kambing dengan madu kau tak boleh beza. Boleh?





   
Ade lagi ke jadi zaman-zaman serba canggih nih, mak mertua perangai macam laha macam tuh? Eeee tolong lah makcik-makcik sekalian, if kau tak suka kat menantu kau tuh, please lah dari awal kau tak payah pergi meminang dier. Kesian weh! Tolong lah ingat. Dier tuh anak kepada org lain. Bayang kan orang buat benda yang sama kat anak perempuan kau. Mampu ke nak tanggung? Plus, tolong lah check sama keadaan anak kau tuh sebelum nak benci-benci org lain.

Perempuan-perempuan yang belom kahwin pun, tolong lah beringat sama. Kalau dari 1st day jumpa "bakal" mak mertua kau dh macam benci kat kau, pandai-pandai lah bawak diri. Jangan nak demi cinta sangat. Sila fikir masa depan menggunakan akal fikiran yang waras. Jangan fikir ikot drama TV sangat. Konon-konon orang jahat akan berubah biler kau tabur berguni-guni kebaikan kat dorg. Zaman sekarang susah dah nak jadi macam tuh.

Perempuan-peremupan yang dah kawen pulak, mana-mana yang trapped into this situation. Please lah buat something. Jangan duk menangis je and do nothing! Mak ayah kiter besarkan kita bukan untuk dilayan macam tuh. Tuhan pun suruh kiter patuh selagi tak mendatangkan mudarat and bertentangan dengan syariah.

Dinner @ Hotel Istana Kuala Lumpur

Last Friday aku and officemate pergi dinner kat Hotel nih. Sebenanyer macam tiba-tiba jugak plan nih. Sebab ade one day tuh aku bukak Groupon and found this voucher. Aku rasa macam worth it..Buffet pulak tuh. So kitorg beli je lah.Harga sebenar buffet tuh RM98 tapi beli through Groupon, dapat 50% discount.

This is the voucher

Hari Jumaat lah pulak kan? Traffic tak payah cerita lah..Memang azab..Nak sampai ke sana je amek masa dekat 45 minit. Tambah pulak pakcik yang bawak teksi tuh, alahai...kemain lemah gemalai!Rase nak rampas je stereng!

Masa sampai tuh agak huru hara sikit lah, sebab ade "delegates" dari India baru sampai. Penoh! Bayangkan lah naik lift sekali dengan diorg? Diorg dengan luggage besar2, lift pulak alahai...kecik je..Tu dah settle satu masalah, kitorg sampai sana dah pukul 7 lebih, so berpusing-pusing lah pulak nak carik surau.

Sampai kat surau, surau pun packed!Sebab ade company mana ntah organize dinner kat situ.Maka penohlah org berkumpul dalam tuh make-up, salin baju segala. Solat cepat-cepat, then kitorg chow! Teros pergi Taman Sari Brasserie.


Dapat je seat, ape lagi, bersepah kitorg pegi carik makanan. Balik keje kan?Haruslah masing-masing kebulur. Ade Chinese and Indian Food that night. Aku? tak payah cakap lah..memang teros je menuju kat Indian punya stall. Nasi Briyani Satu!hehehe..





   
Tapi aku amek portion yang sikit lah..sebab buffet kan?kang muntah belahak lak nak makan bende-benda lain. Makanan "okay" je lah..tapi dessert, memang lah teramat banyak!Comel-comel...nak makan pun sayang!




Tengah-tengah makan tuh, tiba-tiba one of the waiter cakap ade bbq dekat pool, dier suh kitorg pegi amek makanan kat sana? Baik kan?Siap bagitahu lagik..Terkedek-kedek lah masing-masing pergi ke pool. Walaupun masing-masing dah senak. 

BBQ tak best sangat lah..Udang pun alahai...kocik bona!dah bakar, lagi lah mengecut udang tuh..Aku beli udang kat tesco lagik besar! Ade lala, sausage, daging and ikan tak silap aku..Ikan pun ikan kembung je!Tak best..So patah balik kat dalam je..

Abis makan dalam pukul 10 macam tuh. Pekerja restaurant pun dah jeling-jeling. Apelagi, angkat bontot ah kitorg.Cuaca pulak hujan masa tuh, perot kenyang..memang malas nk bergerak balik sebenanyer..Rase nak check in je tido kat situ. Tapi memandangkan purse tak berapa nak berat, so gigihkan lah jugak balik umah. Tak payah nak mengada sangat lah nak tido hotel segala kan?


Menara Taming Sari Melaka

Sekarang tengah cuti sekolah kan? Dah plan kat mana nak bawak family/ friends/ yourself untuk pergi holiday?Hujung tahun nih musim tengkujuh..Sana sini banjir,better plan tempat yang selamat sikit lah kan? Yang jarang di landa banjir. One of the place is Malacca! ade lah jugak tempat-tempat dalam melaka yang selalu banjir, tapi town dier jarang aku rasa. So why not try this one? 



Menara Taming Sari! Dekat  pun dekat dengan KL.Dalam sejam lebih dah boleh sampai! (without traffic jam lah kan). Kalau sesak, 5 jam pun boleh jadi. Kalau untuk family yang besar and nak save sikit. memang Melaka lah tempatnya. Boleh balik hari, dah jimat duit accomodation. 

Menara nih dekat town Melaka lah. Dekat area2 Bandar Hilir and Dataran Pahlawan.Asyik pergi shopping mall je pun bosan jugak kan? Jadi, mari cuba kelainan! Satu je masalah nyer kat sini, if holiday parking memang azab. MPAG pun sentiasa lah berkawal nak saman kereta yang parking bersepah. Kene bersabar sikit carik parking ye. Kalau nak parking yang dekat dengan tempat yang hendak dituju, sila lah berusaha sampai di tempat kejadian awal pagi. 

Tiket masuk RM20 for adult, but if ade mykad, price RM10 je..boleh lah kan? Affordable. Masa aku pergi harituh, (time Raya Haji tak silap), orang tak ramai sangat. Sekarang musim cuti sekolah, tak tahu lah pulak kan. kalau ramai orang pun tak jadi masalah sangat rasanya, sbb bende nih kalau naik sekali ramai2. So tak payah tunggu turn lama sangat.

Sebelum masuk tuh, diorang ade lah provide macam teropong for rent. Siapa yang minat, boleh lah rent, harga tak ingat lah pulak, sebab aku tak rent pun benda tuh. Nak tahu kenapa aku tak rent? tengok nih!


Aku boleh nampak clear kot the view from the above!Macam dah buat keputusan yang bijak tak rent teropong tuh :). Gayat jangan cakap lah..Sampai kejang-kejang kaki aku. Padahal bende bukan ade ape pun. Aku syok sendiri lebih-lebih. Bende nih akan buat 360 degree punya rotation, so jangan lah risau, pasti akan dapat tengok MELAKA! Bende nih pun naik and berpusing slow je. kalau dier naik macam Solero Shot kat Genting tuh, memang tak akan kucuba!

 

Macam kereta mainan je aku tengok dari atas menara nih..






   

Menara Taming Sari nih selamat for all ages. Tapi kalau yang memang gayat melampau tuh, tak selamat sangat lah kot.So tak payah cuba!Duduk bawah tolong tangkap gambar je lah eyh. Kang holiday jadi tragedy lah pulok!



Last Sekali tuh gambar kapal si Tanggang (mak aku lah yang cakap). Ntah betol ke tak..aku pun tak tahu. Sampai sekarang aku telan je fact tuh. Malas nak usaha carik kebenarannya..Tak baik melawan cakap mak!hahaha.


Sesiapa yang rasa nak pergi, boleh check kat sini Menara Taming Sari Melaka for futher info!Happy Holiday!


Ombak Rindu

Aku baca novel nih dah lama..dari zaman sekolah dulu lagik.boleh kata nih antara novel yang "wajib" baca lah time duduk asrama dulu..siape tak baca, sorry! Tak "in" okay!


Tadi aku pergi tengok movie nih.Cubaan ke-2 ye...cubaan pertama gagal kecundang..berlari-lari balik dri office hari khamis lepas, meredah jalan yang sesak dan hujan lebat, sampai klcc, sedih!Fullhouse tau!sia-sia usaha gigih aku tau!kalau TGV punya website dah okay, boleh beli online..For sure aku tak payah bersusah payah sangat that day.

Balik je dri KLCC, aku dengan pantas bukak website GSC and book teros!senang...tak payah nak hampa kecewa segala. Tadi pun show fullhouse..Penoh sampai midnite.Oh my..ramai jugak peminat cerita nih!

Penoh kan?yang depan-depan je tinggal lagik.Tapi nih screenshot today's show lah..
Cerita okay...almost 2hours rasanya.Tapi slow sikit.Yelah..untuk bagi viewers menghayati setiap scene kan..dah love story, haruslah slow sket kan? Baru boleh feeling-feeling gitu!Sepanjang show tuh, memang aku boleh dengar lah "sok-sek" kat sekeliling aku. Org sedut hingus, sebab touching habis tengok cerite tuh!Siape yang baca novel tuh, memang akan touching lah!

Tak kurang jugak aku dengar boyfriend/kawan/suami yang sebok mengeluh cerita panjang sangat..bila nak habis nih?kamon abang2 sekalian..Sesekali meh ah "berada ditempat kejadian" bersama kami wanita-wanita berhati tissue nih! Kate sayang kan?
 
Apa yang kita baca dalam novel tak akan sama lah dengan apa yang dalam filem nih. For sure akan ade penambahan/penolakan. Ada banyak benda yang tak sama, but still filem nih okay. Lisa Surihani was doing great! Siapa sangka perempuan lemah lembut mcm tuh boleh jadi sgt psycho! Seriously kagum!

Kalau ikot taste aku..aku boleh bagi like 4 out of 5 stars. Cume pendapat aku, aksi yang mcm atas2 katil sangat tuh maybe boleh diganti dengan benda lain. Malaysian katenyer kan? Scene tuh dah lah lama..Mak pulak tersipu- sipu menahan malu nyah!

Siape yang belom pergi tengok..boleh lah pergi tengok..berbaloi!tapi kalau nak save, tunggu je Astro First..hehehe