Mak Mertua Jahat

Aku nih kire follower tegar jugak lah citer Tentang Dhia kat TV3 tuh.Macam mana boleh terjebak pun tak tahu..Hari-hari kalau boleh nak balik cepat sebab nak tengok cerita nih, kalau tak sempat aku sanggup tengok TONTON.



Laki aku cukup marah aku tengok cerita nih. Semenjak kes si Dhia tuh dah mati, pastuh hidup balik. Dier kemain berangin..Aku buat pekak je layan jugak cerita nih. Cerita nih makin menjadi-jadi sekarang nih, kemain lahanat mak mertua si Dhia tuh. Tapi nasib baik lah Dhia tuh macam dah "berotak" sikit. Kalau tak memang rase nak lempang-lempang je..Darah kambing dengan madu kau tak boleh beza. Boleh?





   
Ade lagi ke jadi zaman-zaman serba canggih nih, mak mertua perangai macam laha macam tuh? Eeee tolong lah makcik-makcik sekalian, if kau tak suka kat menantu kau tuh, please lah dari awal kau tak payah pergi meminang dier. Kesian weh! Tolong lah ingat. Dier tuh anak kepada org lain. Bayang kan orang buat benda yang sama kat anak perempuan kau. Mampu ke nak tanggung? Plus, tolong lah check sama keadaan anak kau tuh sebelum nak benci-benci org lain.

Perempuan-perempuan yang belom kahwin pun, tolong lah beringat sama. Kalau dari 1st day jumpa "bakal" mak mertua kau dh macam benci kat kau, pandai-pandai lah bawak diri. Jangan nak demi cinta sangat. Sila fikir masa depan menggunakan akal fikiran yang waras. Jangan fikir ikot drama TV sangat. Konon-konon orang jahat akan berubah biler kau tabur berguni-guni kebaikan kat dorg. Zaman sekarang susah dah nak jadi macam tuh.

Perempuan-peremupan yang dah kawen pulak, mana-mana yang trapped into this situation. Please lah buat something. Jangan duk menangis je and do nothing! Mak ayah kiter besarkan kita bukan untuk dilayan macam tuh. Tuhan pun suruh kiter patuh selagi tak mendatangkan mudarat and bertentangan dengan syariah.

No comments:

Post a Comment