Parasit

"the parasite, benefits at the expense of the other"
  
Sepanjang aku hidup ni, memang banyak dah jumpa orang yang live as a parasite. Tumpang orang untuk dapat kesenangan sendiri. And most of them macam born that way. Tak ada perasaan. Kau sindir lah mcm mana pun, dia tetap buat selamba. Tak akan terasa apa-apa. Simply defined as thick face.

Dulu masa belajar memang bersepah orang macam nih. Ajak makan tak nak makan, diet/ tak ada selerea katanya. Tapi bila kau dah beli makanan, and bukak je mulut offer dia, Siap! Telan air liur je lah kau lepas tu. Dia hadap makanan tuh sampai licin okay. Tahap orang kebulur. Senang hidup kan? Perut sendiri pun kau segan nak isi. Mengharap kudrat orang lain! Aku dulu mmg ade kawan rapat yang macam nih. Sekali kau dapat lah pau aku. Lepas tuh, kau amek je lah bau aku makan kan. Cantik muka kau? Aku pulak nak tanggung makan minum kau kan? Boleh blah.

Masa buat Degree dulu, rezeki aku lebih sikit. Ayah bagi pakai kereta. Senang nak ulang balik rumah weekend *read-tak payah lah ayah nak bersusah payah datang pick up aku setiap ari Jumaat.Semak je!. So ramai lah yang bagi idea:
 "Jom lah tong-tong pergi class. Jimat sikit expenses kau" 

Tong tengkorak kau! Seminggu je lah masing-masing sudi keluar duit pun. Lepas tuh harammm... Time aku berhenti nak isi minyak, masing-masing buat dek je....main henpon lah. Buat tak nampak je aku keluar duit. Ok. main kasar kan? Esok sila lah berjalan kaki masing-masing tengah panas pergi/ balik kelas. Aku je sorang keluar duit. So aku je lah naik kereta.

Dah lah masing-masing tak reti nak rase malu menumpang. Kau yang menumpang, aku pulak yang kene tggu kau bersiap segala kan? Aku kalau tumpang orang, aku akan make sure at least aku ade 15 minutes before the actual promised time. Dah aku yang tumpang, aku lah kene tunggu bukan orang yang tunggu aku. 

Paling sial aku penah tumpangkan kawan aku. Dari Shah Alam ke Puduraya. Aku fikir on the way aku nak balik rumah kan, tak pelah tumpang sekali. Aku memang ikhlas pun masa tuh. Sungguh! On the way, aku singgah Petronas, nak beli air. Tapi dia yang turun sebab dia pun nak beli barang, aku kirim lah beli air kotak.

Dah sampai Puduraya, masa dia nak keluar kereta, boleh dia claim kat aku RM 1.30 untuk harga air kotak yang dia belikan tadi! Percaya tak? Lahanat kan? Aku tolong bawak kau dari S.Alam ke KL without any charge, yet kau mintak aku bayar duit air kotak tuh? Seee? Parasit memang tak tahu malu. Confident level tinggi tahap dewa!

Apsal eh ade orang macam nih? Aku kadang-kadang pelik. Takde rase malu ke? Zaman serba canggih manggih nih ade lagi yang berharap nak hidup senang and free? Come on lah. Be real. Kalau pun kau tengok orang tuh berduit, doesn't mean duit dia tu untuk kau tumpang untuk kehidupan kau sekali. Each of us ade commitment! Kita semua bukan kaya raya tahap dewa sampai tak tahu nak buat apa dah dengan duit kita, therefore boleh buang suka-suka hati kat orang lain. 
 
Be considerate. Let say keluar sama-sama dengan kawan, kalau dia dah bayar makan, kau jangan buat pekak! Bayar lah ticket wayang ke, parking ke, toll ke. Gilir-gilir lah. Dia bayar satu, kau bayar satu. Baru lah orang bernafsu sikit nak keluar bergembira dengan kau. Ini dah lah kau ape pun tak ade, orang provide (i.e: transportation), yet kau nak kedekut lagi. Duit dalam purse kau, kau kepit ketat-ketat. Duit dalam purse orang, kau nak kitai selagi mampu! 
 
Jangan jadi parasit! Live on your own!

Over Acting

Sometimes people are trying so hard to be the best. Unfortunately, it turns out to be their worst!

Please Norish Karman, don't over do it. Kau buat aku rasa mual dan jelik setiap kali Julia on air kat TV3. Relaks suda...

Bay Blossoms Beauty House

We went there last Monday. With my BF of course. Bonding time gitu! Setelah penat berhari raya korban, badan haruslah penat. Jadi marilah kita ke Spa!

Kitorg beli voucher through Groupon je. RM 59/pax. Murah bukan? Service 3 hours! Weehuu! Rezeki, jangan tunggu. Sebat! Aku rasa nih introduction price kot. Sebab spa nih located kat new building. Scott Garden, Jalan Klang Lama. Aku dengan BF aku adalah tak pandai baca peta! Nasib baik ada technology! Thanks waze apps! Walaupun instruction waze tuh bawak jalan berpusing-pusing, tapi we all tak sesat tau! Sampai dekat Scott Garden dengan selamat!


Building baru, kedai pun tak banyak lagi. tapi spa and beauty centre bersepah! Parking senang dan murah. RM1 je per entry. Tapi macam tak ada restaurant lah kat sini.Banyak shoplot je. Ke aku yang tak nampak?

Appointment pukul 11. We all arrived setengah jam awal kot! Luckily tak ada customer lain. So boleh start immediately after fill in ntahapaapa-form.Cerita banyak tak guna! Jom sembang pasal service yang aku dapat that day!

Massage- Adalah sakit ya amat okay! Kejang-kejang aku menahan sakit. Sampai kena suruh tukang urut tuh slow sikit. Sebab memang sakit gila! Urut belakang badan aku dia tibai pakai siku okay! Tapi dia kesah ape aku suh slow ke ape. Dia henyak je sesuka hati dia! Masa dia urut tuh, memang aku rasa sakit gila-gila punya. Sampai fikir dalam hati. "Mampos lah badan aku lebam-lebam nih". Tapi, ajaibnya, the next day bangun! Badan adalah sangat best! Hilang segala lenguh-lenguh selama ni. Ajaib bukan? tak pasti lah teknik urutan apa yang dia guna. Maybe "Sakit dulu, Lega kemudian" hahaha!

Facial - Ini adalah yang paling terbaik! sangat puas hati! Sangat-sangat. Dari masa dia buang blackhead, pasang mask, massage neck, semuanya best dan indah. Lembut je.Rasa sangat mak datin! I'll recommend you Fellicia. Best gila tak tipu!  Memang rasa lah perbezaanya. tambah pulak muka memang berkeladak. Jarang (read tak pernah) pergi facial, memang jakun gila! Lepas treatment, asek tunjal-tunjal pipi. rasa best sangat pegang pipi sendiri. Session yang sangat relaxing. Beautician pun tak adalah sebok memekak nak promote (read paksa) kita amek package lain. So sangat tenang!











For further details/appointment, boleh Call no kat bawah nih lah kot. Massage aku tak leh recommend sangat. Tapi facial, is THE BEST!



Expectations

Kita ada macam- macam expectations. Dari yang logic, sampai lah yang tak boleh diterima akal.

Benda paling ketara adalah kita ada budget yang sangat limited, kena kawal expenses itu ini, tapi kita tak kawal langsung selera dan nafsu serakah kita. Budget tuh tak jadi apa. Yang penting apa nak, dapat!

1. Wedding
Semua orang nak wedding yang indah-indah. Nak itu ini, nak semua cantik macam bintang TV. Tapi, kita  hanya golongan pertengahan. Gaji ciput, hutang bersepah! Kita ada budget constraints, tapi kita selalu buat-buat lupa. Ikotkan jugak kata hati. Alasan kukuh, "kahwin kan sekali seumur hidup. Biar berhabis sikit, janji puas hati". Budget RM800. Tapi impikan set pelamin RM3000, baju nikah desiger hebat RM3000, complete set hantaran jenama terkenal, dan lain- lain. Semua lengkap dalam list. Budget RM800??Abaikan!Nak semua complete jugak!Tak kira!

Tu yang jadi benda pelik-pelik tuh, Nak kahwin, sampai kena buat loan segala. Apa jadahnya? Ko ingat boleh bahagia bersenang lenang lepas kahwin kalau macam tuh? Jangan harap lah. Selamat menanggung beban untuk the next few years. Nafsu serakah punya hal! Kau nak kahwin grand kan? Hadap lah.

2. Kerja
Kalau sembang, semua orang expect nak kerja yang paling senang and boleh dapat the highest pay! Put it as sky's the limit! Ye lah. Orang ada degree kan? Tak kan nak gaji tak 3k kot! Macam mana nak shopping kat Pavilion tiap-tiap minggu kan? Puii...Come on lah. Check lah jugak keadaan diri kita. Result ko gempak gila ke? Ko ade banyak soft skills? Kau boleh ke keje with minimum supervision? Kau fast learner tak? and etc. banyak benda nak kena ambil kira! Bukan masalah qualification and gaji idaman kau je. Ini kadang-kadang, microsoft excell pun ramai fresh graduate tak tahu guna. Nak berangan masuk je career line gaji nak berpuluh-puluh ribu (kalau boleh). Realistic sikit boleh? Kalau aku jadi majikan pun, aku tak nak spend time asek nak guide orang yang ada degree on how to operate the photostate machine, how to do calculation in excell, and yet, kena bayar high pay. Logic ke? Siapa nak?

3. Branded Stuff
Semua orang memang impikan lah benda nih. Kalau boleh nak lah dari kepala sampai ke kaki semua branded. Luar dalam. Tapi mampu ke? Aku sangat kesian bila ada lelaki/suami yang terpaksa ikat perut semata-mata bini merenyam nak beg Coach. Seriously kesian. Why? Tak ikutkan kang bini kata tak sayang, bini merajuk. Nak tak nak gigihkan lah jugak. Gaji pun masing-masing tak banyak mana. Hutang kereta, rumah, daily expenses lagi. Boleh pulak kau tergamak nak menggedik nak beg Coach lah segala. Kalau kau usaha sendiri lain cerita lah. Ini menjerat leher orang lain. Ntah apa-apa je!

Ada yang obses kat branded stuff, tapi takde banyak sangat sen, sanggup carik alternatif lain. Carik buyer yang jual murah. Tapi macam biasa, walau murah, expectation tak nak murah sama. Nak quality as good as the original one. Tak ke pelik?

Benda-benda tak logic macam nih lah buat ramai orang-orang yang duduk kat M'sia nih pening and stress sentiasa. Duit gaji habis duk bayar hutang je. Expectations tinggi sangat. Kemampuan pulak ada kat tahap paling rendah. Habis macam mana?



Nasi Wangey- Ipoh, Perak

Last weekend, kitorang ke Ipoh. Ada wedding housemate aku masa kat Uitm Shah Alam dulu. Housemate kan, wajib lah kena pergi, plus masa wedding aku dulu dia gigih datang. So bertambah lah WAJIB!

Gerak dari KL dalam pukul 11.00 pagi, traffic clear. Just banyak motor besar je on the road. Sabtu kan? Konvoi lah deme tuh! Aku sampai Ipoh dalam pukul 01.00 tengahari. Berpusing mencari rumah pengantin dekat sejam. Sampai pening kepala aku asyik berpusing kat tempat yang sama je. Dan-dan pulak lah time tuh coverage tak bagus, tak dapat lah nak access ape jenis pun kat internet. Tak kan nak call pengantin pulak kan? Sah-sah lah orang tengah berbahagia bersanding kat atas pelamin.

Jumpa lah juga rumah pengantin dalam pukul 2. Perut dah mendidih weh! Ape lagi...zassss..cari port bawah khemah dan mencekik! Jangan hiraukan keadaan sekeliling! Perut lagi penting!

Lepak kejap, then terus gerak balik KL. Panas nyer Ipoh, Ya Allah. betul punya terik! Sampai pening kepala aku! On the way nak mencari jalan balik tuh, Sembang-sembang lah dengan husband aku pasal nasi wangey. Terus husband aku kata "jom carik!". Aku dah pening. Bukan baru makan kenduri ke tadi? Nih nak pergi cari nasi pulak lagi. Tak ke muntah?. Alasan dia, dah alang-alang sampai. Layan kan aje lah.




Kene jumpa jalan nih dulu nak cari kedai Nasi Wangey ni. Kedainya depan jalan nih. 



Aku mula-mula nampak signboard kedai nih, aku lagi pening. Biar betul husband aku nih? Tak kan kedai Cina pun nak main sebat je. Siap rumah tumpangan segala! Seram je..Tapi bila keluar kereta, tengok ramai gila orang melayu kita dalam tuh. Husband aku cakap, yang jual nasi tuh mamak. Tapi dia tumpang kedai Cina tuh. So nama premis tuh diorang retain je. Tak tukar. Owner premise tuh pun still Cina. Diorang just cater untuk air and roti bakar tak silap.




Dah dekat pukul 4 petang pun kedai still full. Jenuh nak cari seat. Orang beratur nak amik nasi pun panjang! Aku dapat seat hujung kedai. Betul-betul dekat tempat buat air.


Sambil tunggu husband aku siap ambil nasik, sibuklah aku duk usha uncle nih buat roti bakar. Sedap lah kot roti bakarnya. Ramai orang order. Aku tak test pun. Sebab perut senak lagi makan nasi kenduri.



Tara...ini lah nasi wangey. Ada jugak orang panggil nasi ganja. Mana satu yang betul? Idak lah makcik tahu! Ala-ala nasi kandar je rupanya. Tapi cume ade telur masin. Nasi kandar tak de kan? Aku jamah lah jugak. for the sake of dah sampai kan? Sedap memang sedap. Tapi slack lah. aku kenyang gila! Padahal aku memang lah hantu masakan mamak nih. jadi lepas 2-3 suap, aku dah tolak pinggan dah. tak larat weh! Kang muntah tak pasal je!


Ini cost untuk dua pinggan nasi wanggey biasa. Ada macam-macam lauk lagi sebenarnya. Tapi kitorang ambil ayam je. Masa kenduri tuh tak dapat makan ayam. Lauk ayam dah habis! So, revenge! Murah dan sedap! Maybe next time kalau datang sini, kene make sure perut betul punya kebulur. Baru feel! Ini perut tengah senak, nak sumbat lagi? Penghayatan tu kurang lah jadinya! Sekarang baru teringat balik nasi nih. Lapa weh!


Bali (24th - 25th May 2012)

Ini lah activity yang di nanti-nantikan sangat. Tengok kat documentary, kawan-kawan cerita, semua kata kena tengok Kecak Dance. Kan tak jadi tengok dekat Tanah Lot. So kitorang tengok kat Uluwatu. Entry Fee Rp 70,000.00 per pax.

Tempat nak berkecak




Kemain lah semangat aku berebut tempat. Nak yang atas sekali. Supaya dapat "clear view" of the performance. 


Hah! Amek kau. Tadi kosong, sekarang dah penuh dengan manusia. Memang padat dan sendat. Selagi ada ruang lah diorg nak sumbat. Nasib baik kedudukan aku dah selesa!

Dancers dah ready.




 Sementara nak tunggu show tuh start, kitorang layan lah sunset. Cantek gila!Puas...Nikmat Tuhan..





Masa kecak dance tuh start, aku macam relaks je. Sebab dia macam biasa je lah. The dancers buat bunyi like "cak..cak..cak..cak..." That's why lah nama  dia Kecak. Tapi dah lama, seram lah pulak aku. Bayangkanlah time tuh kan dah masuk Maghrib, diorang pulak semua macam dah naik sheikh. Dah start memuja api tuh ke ape aku pun tak tahu lah. Aku dah tak senang duduk dah. Iman dah lah tak berapa nak hebat. Boleh pulak kau berada dalam tempat orang memuja-muja segala kan? Nak keluar, orang punya lah ramai. Tak tahu nak ikot mana. So hadap je lah.. Orang tuh sebok berkecak, aku pun sama berzikir. Jangan lah apa-apa jadi. Maghrib kan banyak syaitonirrajim berkeliaran. Memang seram! Dari hari cerah, sampai lah ke gelap. tak habis-habis lagi show nih. Lama lah jugak. Ada parents yang bawak anak kecil. Memang lagi salah besar lah kak oi! Anak dia menangis tanpa henti the whole show. Tak sesuai lah tempat ni untuk budak-budak.

Habis show nih, nak menuju ke jalan keluar lagi satu azab. Dah lah gelap gila. Dengan beruk, monyet segala. Seksaan mental betul! Berlari-lari lah kitorang ke kereta. Sampai kereta, zasss..terus gerak balik hotel. Tak nak fikir apa dah. Penat aku tengok dewa bergaduh berebut sita lah, monyet lah, ape lah berjam-jam. Aku memang tak reti appreciate kebudayaan macam tuh. Sorry!

Last day before nak balik tuh, kitorang just spent time dekat area Kuta je. Aku dengan BF aku merayap dari satu kedai ke satu kedai, usha package spa yang paling ok.Memang bersepah spa kat tepi-tepi jalan. Price kalau convert sama je lebih kurang dengan harga Spa kat M'sia. But then, tak sakit langsung dia urut! Sedap and lega! Apsal eh? Padahal dia panjat atas badan aku segala. Kalau kat sini, rasa nak terkencing menahan sakit kena urut. Urutan kat Bali sangat lah relaxing!

Then jalan-jalan kat Kuta Beach, just to kill the time. Flight petang. Aku tak impressed sangat lah dengan Kuta Beach, ala-ala PD je. Cantik lagi Dream Beach. Beli survenir kat tepi-tepi jalan tuh. Murah! Painting pun banyak gila, and sangat affordable. Tai tak beli pun. Sebab luggage dah penuh. Malas nak fikir lagi nak sumbat barang kat mana. Now, sila menyesal dinding rumah kau kosong takde lukisan artistic!


Kuta Beach

Kuta Beach
Sebelum meninggalkan Bali, mari kita akhiri dengan pemandangan yang super cantik ciptaan Tuan yang punya Alam.





 P/s: Benda yang aku rindu kat Bali, selain Pisang Goreng Cheese adalah benda nih..



Lagi sedap dari Starbucks! Tapi kat Mc' Cafe Malaysia macam belum ada je benda nih. Bila eh nak ada? Eh lupa. Kalau nak cari Supir kat bali, boleh try contact dia nih..



Bye bye Bali, Till we meet again!






Bali (24th - 25th May 2012)

2nd day kitorg pergi GWK-GARUDA WISNU KENCHANA. Aku pun tak tahu tempat nih tempat ape sebenarnya. BF aku yang siapkan semua itenary. I follow je. Bawak lah mana pun ko nak bawak aku kan.. Tadah aje.




Aku pun tak pasti apa yang menariknya kat sini. Banyak statue je. Aku memang susah lah nak appreciate benda-benda nih kan. Just for the sake of tengok je lah. Ada lah jugak orang local yang rajin duk explain kenapa patung-patung tuh dibina macam tuh. Cerita sejarah-sejarah. Dewa lawan burung, burung kalah lah ape lah. Ntah lah. Sorry memang tak minat benda-benda macam tuh. Memang pusing-pusing je lah kat situ. Yang aku tahu ade kedai ice cream kat depan tempat-tempat jual survenir tuh sedap! Makan 2 pun tak muak.

Tak lama pun spent masa kat sini, around 1 hour je kot. Sebab tak de benda menarik pun kan? So let's go! Next destination, Dream Beach-Bali. Famous sebab ramai surfers kat sini. Wave cantik.






 Tengok wave dia, cantik memang cantik. Tapi kalau kene libas. Memang mampos. Tinggi gila weh! Itu normal. Kalau tsunami? tak boleh aku nak bayangkan. Nauzubillah. Mat saleh yang sebok berjemur bagai kat tepi-tepi pantai tuh sure tak sempat lari. Sapu bersih!

Before datang Bali, BF aku memang dah survey siap-siap kat mana tempat famous nak pergi makan. Banyak blog yang aku baca tulis Jimbaran adalah tempat yang paling wajib kena pergi if datang Bali. Tempatnya romantic, and boleh tengok sunset sambil makan seafood. Supir aku pun suggest benda yang sama, tapi biasa lah kitorang kan suka berhaluan kiri. Say No to Jimbaran, Mari kita ke Bale Udang, Man Enking! Yeehaaaa...




Aku tak tahu lah orang lain kan. Tapi aku sangat suka makanan kat sini. Kena lah dengan tekak aku. Ada sambal terasi. Penyelamat segalanya! Asalkan ada pedas, aku okay je. Tekak melayu. Tak pedas tak kick lah! Sambal tuh memang boleh buat telinga pekak. Pedas gila! tapi sedap! Penat aku godek-godek camera, tapi satu haram tak jumpa gambar makanan yang aku order kat sini. Ntah dalam henpon, ntah dalam camera. Tak tahu kat mana. Jumpa satu nih je! Memang sedap gilaaaaaa....Menyesal tak mintak resipi! Setiap kali tengok mesti terliur!


Pisang goreng cheese! Serius sedap. Sebab aku bukan peminat pisang goreng. So kalau aku kata sedap, serius sedap. Sila percaya. 2 malam kitorg makan kat restaurant nih, 2 kali jugak lah amek set. Cuma combination je kitorg tukar-tukar. Average price Rp 500,000- Rp 600,000. Untuk 4 orang makan. Masa bayar tak rasa mahal. Maklumah rupiah..Dah sampai KL, tengok-tengok bil convert ke RM. Jatuh lebih kurang RM 53 sorang sekali makan. Puiiii... Mahal Gila! Tapi sedap. Camne?.Check purse masing- masing lah ye...