Betul Ke Solat Kita?

Aku baru discover benda nih at the age of 25.Oh Poor me!Dah discover lama (masa aku mula-mula kahwin dulu, tapi lambat update.) Mula-mula aku argue dengan husband aku sebab aku tgok kedudukan kaki dia tak sama dengan aku masa dia sembahyang. Then, baru aku tahu selama nih aku yang salah! Aku duduk macam nih mase duduk antara dua sujud, which I noticed most of my colleagues pun sama! Sebenarnya salah!





    


It supposed to be like this:


Betul ke rukun sembahyang kita selama nih? Mari sama-sama perbetulkan. Better late than never!

p/s: Correct me if i was wrong. Meh zakat sikit ilmu korang dengan aku okay?

Bukit Bendera Pulau Pinang

Eh..Selang sehari pulak terupdate blog.Rajin lah tu :). Kali nih pasal Bukit Bendera pula! Tak "in" ah pergi Penang tapi tak naik Bukit Bendera kan? Aku pergi sana pagi-pagi. Dengan harapan parking senang, orang tak ramai and tak nak bersesak..Tapi..nan hado..Tetap lah sesak gila babi punya. Parking pun jauh gila. Dekat belakang-belakang kawasan apartment kat situ. Tapi, no sweat! Exercise katanya kan. Hayun je lah!!



Hambik kau!Kemain panjang lagi kene beratur. Ade dekat sejam kot beratur beli tiket sahaja. Aku pun tak tahu mana datangnya kesabaran dalam diri ni nak beratur-beratur segala. Selalu nya memang aku blah dah. Sambil beratur tu, duk lah beramah mesra dengan orang depan dan belakang. Dari jauh jugak dorang datang, ade yang dari Terengganu, Johor and Ipoh mali tala sombong..Semua datang dengan family. Semua gigih-gigih belaka.





Almost!!!

Yeay!!!dapat jugak tiket..Murah je!
Train pun dah canggih sangat tau! Laju pun laju. cuma still kene bersesak-sesak lah..Orang ramai kan? What to do.Hadap je lah...Kejap je aku rasa dah sampai kat atas. Compared to time aku pergi dulu-dulu. Kemain basah ketiak nak tunggu sampai ke atas. Sekarang kejap je. Good Improvement!

Sebenanyer dari dulu aku tahu tak ada apa "sangat" pun kat atas tu. Tapi entah, tetap excited nak pergi sana. Masa aku pergi tuh ade perayaan ape ntah. So diorang ade buat upacara sembahyang kat kuil. Aku tak panjat pun sampai atas sana. Malas.

Subhanallah...Cantik bukan??


Kitorang makan and tangkap gambar sikit-sikit, then beratur untuk turun dah..kejap je duduk kat atas tuh. Sesiapa nak pergi sini, avoid date 9th January sampai 15th January 2012 eh..Train tutup untuk maintenance.Kang penat-penat dah sampai sana. Tak dapat pulak naik kan?Hampa je..

Okaylah.Sebagai penutup, nikmatilah makanan nih mase kitorg kat Penang Hill..




P/S: Kuey teow tuh serious sedap!Makcik tuh masak dengan penoh kasih sayang..

Pesta Pulau Pinang

Sebenanyer aku pegi holiday kat Penang ni tahun lepas. Biase lah...Nak habiskan annual leave. Kenape aku pilih Penang? Sebab aku suka makan. Aku kan memang minat makan makanan ala-ala India nih, so aku rase nih lah tempat yang sesuai. Plus dah lama gila aku tak pergi Penang. Last pergi maybe tahun 2007. Time study-study dulu.





   
Saje je aku skip teros update pasal Pesta Pulau Pinang. Yang lain tuh ikot tahap kerajinan aku lah eyh :p. Actually tempat nih tak ade pun dalam list kitorg laki bini. Sesat punya pasal, ter"pergi" pulak. Sebenanya dok berpusing carik Sani Char Kueyteow. Kueyteow tak jumpa.Perot pun dah kebuloq, jom je lah berpesta!

Parking agak susah lah..Sebab aku pergi malam minggu. Biasalah, kat mana-mana tempat pun parking untuk ke tempat macam nih memang lah azab. Dapat parking, kitorg turun kereta, teros ade "pakcik" mintak RM5. Aku teros like "kenapa kena bayar? nih kan tepi jalan je pun". Pakcik tuh insisted suh aku bayar jugak. Aku mmg lah taknak, tapi mcm biase, laki aku cintakan kedamaian. Dia kata kite kat tempat orang, bayar je lah dari jadi apa- apa. Aku pun blah je lepas laki aku bayar. Memang tak boleh pandang betol aku muka pakcik tuh. Cuba bayangkan, berapa banyak dia makan duit haram senang-senang je macam tuh. RM5 per car weh!Cibai tol!

Aku dah lah lapar kan, kene pulak deal dengan orang-orang macam tuh, memang spoilt mood gila. Tapi kesian kat laki aku, so aku let go je lah. Time aku nak masuk tapak pesta nih, orang tak ramai sgt. So kejap je lah beratur, beli tiket. RM 2 per person.


Masuk je, tanpa melengahkan masa, jom lah bertebaran mencari air. Sudah bertekak dengan pakcik tua tadi, pastinya tekak haus gila! Teros pergi kat kedai jual air. Tengah syok-syok pilih-pilih air, sekali, tokei kedai air tuh kawan masa aku belajar dulu da...Apelagi, haruslah air teros menjadi percuma. Siap datang dengan package nugget ayam dan otak-otak lagi.Oh..Surgaaaaaaa!

Lepas lepak-lepak and mengimbau mase lampau sikit-sikit, kitorg pun angkat bontot. Takut habis makanan kat kedai kawan tu aku rembat! Lapaq gila kot time tuh!Kitorang jalan-jalan lah kat dalam tapak pesta tuh. Best jugak! Ade funfair, kedai jual benda-benda murah like carpet, pasu, toto, mainan budak-budak, baju-baju dan macam-macam lagi lah. Yang aku noticed, banyak betol orang jual patung angry bird, selang satu kedai mesti ada. Napa ntah? Still in eh benda tuh?





Happening kan? Baru lah pesta. Macam-macam permainan ada, tapi agak mahal sikit lah token. Yelah..dah 2011 kan? harga haruslah naik. Gaji kita je payah nak naik! Sesiapa yang ada anak ramai tuh, kene berhati-hati sikit lah kalau kesini kan? Budak-budak biaselah, dia bukan tahu poket kita nih kosong ke penoh. Yang dia tahu apa dia nak mesti dapat.

Aku tak de beli ape-ape pun kat sini, just jajan-jajan je lah, sbb aku kan parking jauh. Tak macam kene pelempang lak dengan laki aku kalau aku nak beli pasu, carpet, toto segala! Nak mengangkut kemain jauh. Memang idak le...

Habis je berpesta, kitorang teros shoot balik georgetown balik. Nak pegi carik nasi kandaq. Semalam mase sampai tak berjaya nak dapat nasi kandaq nih, so harini WAJIB dapatkan!


Time nih baru 9.45 malam. Kemain panjang dah orang beratur. Tapi better lah dari the other day. Orang beratur lagi panjang gila. Sebab tuh kitorang tak beli. Rase tak berbaloi lak nak beratur berjam-jam. Ini pun. even line pendek je. Tapi almost sejam jugak lah q. Time nih lah ane-ane tuh tunjuk rajin sangat nak bersihkan segala-galanya sampai berkilat. Dah tahu orang beratur panjang, cepat lah sikit. Mentang-mentang famous, kekwat sangat tau!

Tu...dia..nasi kandar beratur! famous gila kot kedai nih. Dekat Masjid Kapitan Keling. Tulis je bukak pukul 10 malam. Tapi 10.30 baru terhegeh-hegeh nak bukak (sorry..aku memang obses ngan punctuality!) lepas beratur, akhirnya dapat lah jugak makan. *sorry tak ada gmba! Memang licin lah kitorang sebat! Cuma tak berapa nak pasti licin sebab sedap sangat or kitorg memang kebuloq?

Johor Premium Outlet


Dah ramai rasanya blogger buat entry pasal tempat nih, tapi saje je lah nak share jugak sebab alang-alang dah pergi kan. Actually tak rancang pun nak pergi tempat nih. Kebetulan satu jalan nak balik ke rumah mak mertua aku, so saje singgah lah..





  
Dari tepi highway dah boleh nampak dah signboard untuk ke tempat nih. Dekat je..kalau dari KL, tol RM 40 something rasenyer. Tak ingat exact amount.

Signboard dari tepi highway

Sikit lagi nak sampai...

Siiiiiikittt je lagi...

Okay...Ready?? Dah sampai!!!!!!!!!!


Aku parking jauh lah jugak time tuh..kene menapak..tapi takpe lah..exercise katenyer..Parking RM3 je per entry. As for now lah..Tak tahu lah nanti kalau dah glamour habis tempat nih, rate naik macam parking kat Pavilion pulak kan?

Aku pergi weekend. Orang tak payah cakap lah kan!Memang ramai gila..Bontot ke bontot. Aircond setiap kedai pun memang tak rasa langsung. Berlengas-lengas aku. Tapi macam biasa. Benda murah, WAJIB gigih sikit.




Orang beratur nak bayar parking. Even long q, luckily machine nih cepat dan org yang "bingai" tak ade.

Banyak lah branded shops kat sini. Harga memang murah lah compared dengan butik kan..Cume dia jual last season punya barang lah. Pedulik apa aku kan? Janji murah and berbaloi. Kedai yang macam Charles and Keith, Cotton On, Pedro, Vincci, Fossil, Guess, and Padini memang penoh gila orang. Nak beratur, test baju memang azab. Siapa yang gigih..Silakan...Aku? Tak test pun. Amek size biase beli, and beratur untuk bayar.







Kemain ramai orang yang beratur nak masuk Coach. Aku tak masuk, so tak tahu betol-betol murah ke ape. Nak masuk pun tak mampu!

Dari "saje nak singgah". Terembat lah jugak baju 3-4 helai. Tapi yang murah je lah. Cotton On. Sebab aku rasa berbaloi. Kat KL harga around RM60. kat sana jual RM15-30 je. Berbaloi-baloi bukan? Seriously aku nak datang sini lagi......Dengan duit yang berkepuk-kepuk dalam purse pastinya!











Rojak and Mee Rebus Sedap!


Selamat Tahun Baru!

Jom mulakan tahun baru dengan makanan yang sedap-sedap :) Actually aku dah banyak kali lah makan kat sini.Hari ni saje je lah nak share.Nak share? maknenyer ape? Maknenyer aku tengah tak berape nak banyak keje atas meja nih, so aku rajin lah aku.

Aku tahu tempat nih pun kebetulan je. Round kat situ, nampak orang ramai, aku pun stop untuk try. And, not bad! Bagi aku sedap lah..Ikot tekak aku..tekak orang lain tak tahu..Tapi kalau saje-saje nak give it a try, why not kan?


Tak de lah gerai/ restaurant pun. Just guna van and then diorang bukak meja kat situ. Tempatnyer betol-be tol setentang dengan Skinchan Ikan Bakar Setiawangsa, tepi taman permainan. Sila google maps untuk keterangan lanjut!





   
Kalau dtg lunch hour weekdays, orang memang ramai plus parking susah sikit nak dpt. Unless double park and tapau. Itu yang aku selalu buat. Service dier pun cepat lah jugak. So tak de masalah rasenyer nak double park kejap. Kejap means kejap okay! Bukan bersenang lenang duduk kat situ order cendol segala. Azam tahun baru, tolong belajar jangan menyusahkan orang.

Kalau weekend aku tak tahu lah pulak sebenanyer bukak ke tak bisnes nih. Sebab kadang-kadang aku datang ada, kadang-kadang tak ada. Tak dapat kepastian. Sorry!

Time aku pergi tuh dah dekat pukul 3, so orang tak ramai sangat

Gigih siapkan order
Yang famous kat sini Mee Rebus dengan Rojak lah. Ramai orang carik benda nih kat sini. Ade jugak jual benda lain macam bihun sup. Aku paling suka rojak lah. Sebab mee tak berapa nak "in" sangat dengan jiwa aku. Tapi sorry. Gambar rojak takde. Sebab aku tapau time nih, kenyang lagi baru lepas makan nasik. Laki aku je makan mee rebus dengan cendol!



Kalau nak try, silakan lah yer. Tak dapat ape-ape commission pun! Saje je share. And if korang ade suggestion tempat-tempat makan yang best pun boleh share ngan aku, as I love good foods!