Eh..Selang sehari pulak terupdate blog.Rajin lah tu :). Kali nih pasal Bukit Bendera pula! Tak "in" ah pergi Penang tapi tak naik Bukit Bendera kan? Aku pergi sana pagi-pagi. Dengan harapan parking senang, orang tak ramai and tak nak bersesak..Tapi..nan hado..Tetap lah sesak gila babi punya. Parking pun jauh gila. Dekat belakang-belakang kawasan apartment kat situ. Tapi, no sweat! Exercise katanya kan. Hayun je lah!!
Hambik kau!Kemain panjang lagi kene beratur. Ade dekat sejam kot beratur beli tiket sahaja. Aku pun tak tahu mana datangnya kesabaran dalam diri ni nak beratur-beratur segala. Selalu nya memang aku blah dah. Sambil beratur tu, duk lah beramah mesra dengan orang depan dan belakang. Dari jauh jugak dorang datang, ade yang dari Terengganu, Johor and Ipoh mali tala sombong..Semua datang dengan family. Semua gigih-gigih belaka.
Almost!!! |
Yeay!!!dapat jugak tiket..Murah je! |
Train pun dah canggih sangat tau! Laju pun laju. cuma still kene bersesak-sesak lah..Orang ramai kan? What to do.Hadap je lah...Kejap je aku rasa dah sampai kat atas. Compared to time aku pergi dulu-dulu. Kemain basah ketiak nak tunggu sampai ke atas. Sekarang kejap je. Good Improvement!
Sebenanyer dari dulu aku tahu tak ada apa "sangat" pun kat atas tu. Tapi entah, tetap excited nak pergi sana. Masa aku pergi tuh ade perayaan ape ntah. So diorang ade buat upacara sembahyang kat kuil. Aku tak panjat pun sampai atas sana. Malas.
Subhanallah...Cantik bukan?? |
Kitorang makan and tangkap gambar sikit-sikit, then beratur untuk turun dah..kejap je duduk kat atas tuh. Sesiapa nak pergi sini, avoid date 9th January sampai 15th January 2012 eh..Train tutup untuk maintenance.Kang penat-penat dah sampai sana. Tak dapat pulak naik kan?Hampa je..
Okaylah.Sebagai penutup, nikmatilah makanan nih mase kitorg kat Penang Hill..
P/S: Kuey teow tuh serious sedap!Makcik tuh masak dengan penoh kasih sayang..
No comments:
Post a Comment