Air Asia Free Seats-Betul Ke Bohong?

Jawapan yang pasti adalah Bohong! Aku rasa Air Asia tak berapa nak faham concept free. Free defined as :


"without cost or payment."


Pernah tak sesiapa pernah checkout website Air Asia without making any payment even kita dapat grab the zero fare? Tak pernah kan? So terang-terang kat situ dah salah concept. 



Recently, Air Asia ada lagi buat promotion free seats ni. Aku baca kat FB Air Asia, ramai orang menyumpah, Air Asia penipu lah, ticket tak de yang murah lah, ticket lagi mahal dari MAS lah, and etc.



So aku cuba cari ticket within the given travel date. Nak tahu betul ke tak wujud free seats or dusta semata-mata. Aku try ticket KL-Kuching (return).



Ok, yang kat atas ni, details payment. Betul! Flight memang zero fare. Tapi ada airport tax, fuel surchage, dan segala macam mak nenek yang aku pun tak tahu lah ape benda kan? Daripada free, aku ended up kene bayar RM 544. So sekarang ni macam mana? RM 544 tuh nak considered as free ke? 


Memang dekat promo tu terang-terang tulis airport fee and taxes apply, tapi seats kau tak free jugak Air Asia oi..Kene bayar additional RM6/pax jugak ape untuk seats allocation. Free celah mananya?



I don't really mind lah nak bayar the 500 pun, sebab aku paham sangat, kita dah dalam tahun 2013. Mana ada benda Free lagi . Total RM 500++ untuk angkut semua family aku pergi Kuching, adalah tersangat lah murah harganya. Lucky enough.



Cuma pointnya kat sini, TAK PAYAH lah letak wording FREE SEATS. Bila tagline "free", automatically semua org expect there will be no payment required at all lah kan? Memang logic pun nak fikir macam tu. So, rasenya it's time lah for Air Asia to change the tagline. Jangan lah guna word FREE, guna CHEAP, REDUCED or DISCOUNTED price better lah kot. So customer tak rasa di tipu. 



Kita as customer pun kena fikir logic sama lah, benda kapal terbang, bukan basikal, banyak makan cost untuk maintain. So memang tak dapat lah jep kalau kau sedap nak pergi berjalan sana sini tapi tak nak keluar duit satu sen pun.

Sedap Corner-AEON Taman Universiti, Johor Bahru

Masa datang tak ramai orang. Orang sebok merendang kot kat rumah. Kitorang je sebok nak makan luar petang-petang raya. 

Restaurant gred A, which means sangat bersih. Bagus! Menu ada banyak choices. Tapi aku tak de masa nak belek satu-satu. Perut lapar, kena order and makan cepat-cepat sebelum anak aku bangun. So aku order nasi paprik je. Harga RM8.90. Rupa, macam kat bawah nih.


Rasa is tak sedap..kelaut..laut paling dalam! Yang sedap, keropok je lah kot. Jadahnya paprik, bau daun limau purut pun xde senah? Bukan tuh signature paprik ke?

Husband aku order Beef Kueyteow. Harga RM 8.90 jugak tak silap. Range tuh je lah harga most of the food here. Cuma western (i.e.: chicken chop, fish & chips) je lah harga yang mahal sikit. RM14++


Nampak macam sedap kan? Tapi tak lah sedap sangat. So-so je. Tapi better lah dari nasi paprik yang aku order tuh. Dapar lah jugak tekak ni nak telan.

Foods dah out! Tinggal yang satu nih je lah penyelamat. Husband aku order teh tarik je. Dah teh tarik je kan? Jauh mana sangat sedap dia boleh pergi..air yang aku order ni je lah harapan!


Langkawi paradise nama diberi (kalau tak silap aku lah! Hahah). Harga RM5.90. Ini sedap! Penyelamat hari ini. 

Lepas keluar restaurant nih, terpaksa pergi menapak ke secret recipe pulak lagi tapau makanan lain. Nama restaurant sedap corner, tapi tak sedap ponnnn..ape cer bro??


Wonder Mama-Bangsar Village 1

Biasalah, weekend mestilah malas nak masak. Weekend is masa untuk jalan-jalan cari makan. Last week, kitorang satu family try Wonder Mama. Walaupun...dah berabad kot dengar orang cakap pasal restaurant nih, tapi asyik tak sempat je nak pergi sana. Lagi pun Bangsar kat well known tempat orang kaya-kaya. Makcik yang tak berapa nak kaya nih, memang malas sungguh lah nak jejak kaki kat area sana kan.

Masuk Bangsar Shopping Centre, Parking seperti biase..agak haram..turun sampai basement paling bawah baru ade parking spot. Dah cantik dapat parking semua, berusah payah lah pulak tunggu lift. Dah ade anak nih, wajib lah naik lift kan? Dah nak mengangkut stroller segala bagai. Tunggu lift dekat 20 minutes, tak kunjung tiba. Hati dah berasap. Kendong anak, tolak stroller naik escalator. 

Dah berpeluh dokong anak sambil cari restaurant tuh, baru perasan yang address dia Bangsar Village 1. Kitorg parking kat Bangsar Village..Deng......Takkan lah nak amek kereta then patah balik pergi sana kan? 5 jam tak siap nanti. So, marilah kita berjalan kaki je melintas jalan pergi the next building.

Masa kitorg sampai tuh, baru pukul 11 lebih, bawah dah penuh. so dia bagi kitorg seat kat atas. Atas takde orang masa tu..syurgaaaaaaaaa!...



Dapat sofa 2 seated lagi! Selesa gila aku bagi anak aku baring kat tepi tuh, bolehlah maknya makan dengan tenang kan? Tak payah nak makan sambil kendong anak. Huhu. Dasarrr...

Memang clueless gila nak order ape. Selalu tengok orang review kata Maggie Goreng dia sedap. Tapi..aku macam :

"takkan maggie goreng kot? kat umah pun ada!"

So...aku ended up order benda nih. Chicken Burger! hahaha..Typical me...Harga RM 15.90 tak silap (range macam tuh lah!)


Roti Burger tuh adalah The Bomb! Sedap gila...Aku adelah manusia paling tak suka makan burger dengan roti. Aku akan asingkan roti, makan daging burger je. So bila aku cakap sedap. Sila percaya!

Daging burger pun sedap...sauce sedap. tapi tak habis. Portion besar and aku sibuk pau makanan laki aku. Hahahaa


Nih pun sedap! Nasi goreng with soft shell crab. Harga RM 20++. Portion banyak uolls! Puas hati. Share 2 org pun boleh cukup aku rasa. *untuk kita orang perempuan lah.lelaki boleh baham sampai habis sorang punya.

Gambar kat bawah nih air aku. Bandung 3 layers. Aku tak expect ape hebat sangat pun. Yelah, sirap bandung kan..Jauh mana sangat lah sedapnya boleh pergi. Sekali sedut...Fuhhhh!!! Sedapppp...layer paling bawah tuh pakai gula melaka. Harga RM 7.90.
 


Last but not least.. my favourite! Paaaaa...ling sedap..*ikut tekak aku. Memang beyond my expectation. Nachos je kot.. Tapi sedap! Crunchy, cukup rasa, puas hati. Kene makan dengan sauce and beef provided. Kalau cicah nachos tuh dengan sauce je pun dah cukup sedap, tambah pulak beef, lagi lah kan? Teringat-ingat sampai hari nih rasa sedap tu. Harga RM 15.90++


Kami berdua sahaja, jadi makanan takde lah banyak sangat nak order pun kan? Cukup untuk dua orang je lah. Next time if aku pergi sana lagi, will definitely try other dishes. Hopefully semua pun sedap-sedap jugak lah kan.  For those yang nak try, ini alamat Restaurant Wonder Mama:

G6, Ground Floor (Former location of Outback), Bangsar Village 1, 
No 1, Jalan Telawi Satu, Bangsar Baru 59100 Kuala Lumpur, Malaysia

Phone No.:03-2284 9821



Invest sikit!

Invest ape? Sorry nih bukan nak sembang pasal MLM. Gua mmg anti MLM. Nak sembang pasal Breast Pump. Ada masa sikit ni. Bosan menunggu, jadi saje lah nak bergebang.

For new mommy, I would suggest you guys invest sikit untuk beli breast pump. Aku buat salah sikit hari tu. Beli breast pump yang super murah. RM 153 je kot harga Pureen Breast Pump ni. Jadi hasilnya pun berharga RM 153 lah jugak. Experience aku guna Pump nih:

  1. Suction yang mendatangkan sakit dan perit ya amat kepada breast. Sakitnya kemain lagik, susu yang keluar adelah setitik 2 je untuk setiap kali suction process.
  2. Even dia ade both battery and electric function, tapi battery tuh mcm tak function sgt! Kau guna lah battery jenama paling mahal dan hebat pun. Tetap lah slow!Senang cerita mcm tak berfungsi sangat pump tuh kalau guna battery. Still kene ade electric power supply baru suction process dia kuat/laju sikit.
  3. Leceh nak transfer susu yang dah di pump ke dalam another bottle, as the pump tuh tak boleh fit in bottle brand lain. 
Ini adalah gmbar Pureen Breast Pump yang aku duk sembang tu:


Aku guna pump nih throughout mase berpantang. Serious derita! Nipple rase pedih and macam nak tercabut setiap kali pump!

Lepas habis je pantang, aku decided nak beli yang mahal sikit. *lepas buat a few research online. Banyak orang pakai Avent Pump Breast. Most of the comments/ reviews cakap tak sakit, susu pun keluar banyak and etc. So aku beli!


Harga dia RM 899 tak silap. Sebabkan harga dah mahal, so aku memang expect hasil pun agak mahal lah kan? Kebaikan pump nih, listed as below:
  1. Dia boleh store rhythm as your own preferences. Before pumping, kita boleh choose/ set sendiri mcm mana kita nak the pump to operate. Nak laju ke, nak slow ke, nak tengah2 ke, boleh set. Ikut kesesuaian diri.
  2. Padding provided buat breast rase comfort. Tak sakit or pedih.Ini paling penting!
  3. Adaptor untuk pump tuh pun quite lengthy. Kalau plug point dekat dengan lantai, aku still boleh duduk dekat atas sofa/ kerusi yang tinggi dengan selesa.
  4. Senang, tak payah transfer susu yang dh di pump into another bottle. Lepas je pump, zaaassss..boleh terus guna the same bottle bagi kat anak susu. Jimat masa! tak payah nak tertumpah-tumpah lah, berjejeh-jejeh lah during the transferring process.
Ok itu je yang aku rase bagus pasal pump nih. Pasal susu banyak keluar ke tak mase pump nih, aku tak leh nak comment, as masa aku beli bende nih, dah quite too late. Susu aku dah berkurangan *read, almost empty! (jangan suggest beli product shaklee pelase!). Ade makan ubat doc and lobak putih, sebab org kata lobak putih boleh banyak kan susu.. Tapi tak jadi ape pun...mmg takdir nak kering lah kot susu aku...so aku anggap tak ade rezeki je lah nak menyusukan anak lama-lama.

Tak kan nak sembang pasal benda-benda indah je pasal pump nih kan? For sure lah ade keburukannya! Keburukan paling utama ade lah warraty cover motor je. Benda lain yang rosak, ko kena bayar sendiri. Aku pernah lah tanya avent punya customer service. Contoh kalau rosak mcm ni, mcm tu (aku create the situations), boleh dia reply "it is best if you could purchase the new one". Aku tak sempat screenshot advice avent punya rep tuh. Aku dpt jawapan tuh mase chat online ngn customer service. Disebabkan aku idle lebih 5 minutes during the conversation, so diorg close the conversation window tuh automatically.

Macam haram kan? Product ko dah lah mahal membunuh. Pastu kalau rosak sikit2 ke ape, ko boleh selamba je suh customer beli baru.

Ok tuh je. Harap membantu. Bye!