Wonder Mama-Bangsar Village 1

Biasalah, weekend mestilah malas nak masak. Weekend is masa untuk jalan-jalan cari makan. Last week, kitorang satu family try Wonder Mama. Walaupun...dah berabad kot dengar orang cakap pasal restaurant nih, tapi asyik tak sempat je nak pergi sana. Lagi pun Bangsar kat well known tempat orang kaya-kaya. Makcik yang tak berapa nak kaya nih, memang malas sungguh lah nak jejak kaki kat area sana kan.

Masuk Bangsar Shopping Centre, Parking seperti biase..agak haram..turun sampai basement paling bawah baru ade parking spot. Dah cantik dapat parking semua, berusah payah lah pulak tunggu lift. Dah ade anak nih, wajib lah naik lift kan? Dah nak mengangkut stroller segala bagai. Tunggu lift dekat 20 minutes, tak kunjung tiba. Hati dah berasap. Kendong anak, tolak stroller naik escalator. 

Dah berpeluh dokong anak sambil cari restaurant tuh, baru perasan yang address dia Bangsar Village 1. Kitorg parking kat Bangsar Village..Deng......Takkan lah nak amek kereta then patah balik pergi sana kan? 5 jam tak siap nanti. So, marilah kita berjalan kaki je melintas jalan pergi the next building.

Masa kitorg sampai tuh, baru pukul 11 lebih, bawah dah penuh. so dia bagi kitorg seat kat atas. Atas takde orang masa tu..syurgaaaaaaaaa!...



Dapat sofa 2 seated lagi! Selesa gila aku bagi anak aku baring kat tepi tuh, bolehlah maknya makan dengan tenang kan? Tak payah nak makan sambil kendong anak. Huhu. Dasarrr...

Memang clueless gila nak order ape. Selalu tengok orang review kata Maggie Goreng dia sedap. Tapi..aku macam :

"takkan maggie goreng kot? kat umah pun ada!"

So...aku ended up order benda nih. Chicken Burger! hahaha..Typical me...Harga RM 15.90 tak silap (range macam tuh lah!)


Roti Burger tuh adalah The Bomb! Sedap gila...Aku adelah manusia paling tak suka makan burger dengan roti. Aku akan asingkan roti, makan daging burger je. So bila aku cakap sedap. Sila percaya!

Daging burger pun sedap...sauce sedap. tapi tak habis. Portion besar and aku sibuk pau makanan laki aku. Hahahaa


Nih pun sedap! Nasi goreng with soft shell crab. Harga RM 20++. Portion banyak uolls! Puas hati. Share 2 org pun boleh cukup aku rasa. *untuk kita orang perempuan lah.lelaki boleh baham sampai habis sorang punya.

Gambar kat bawah nih air aku. Bandung 3 layers. Aku tak expect ape hebat sangat pun. Yelah, sirap bandung kan..Jauh mana sangat lah sedapnya boleh pergi. Sekali sedut...Fuhhhh!!! Sedapppp...layer paling bawah tuh pakai gula melaka. Harga RM 7.90.
 


Last but not least.. my favourite! Paaaaa...ling sedap..*ikut tekak aku. Memang beyond my expectation. Nachos je kot.. Tapi sedap! Crunchy, cukup rasa, puas hati. Kene makan dengan sauce and beef provided. Kalau cicah nachos tuh dengan sauce je pun dah cukup sedap, tambah pulak beef, lagi lah kan? Teringat-ingat sampai hari nih rasa sedap tu. Harga RM 15.90++


Kami berdua sahaja, jadi makanan takde lah banyak sangat nak order pun kan? Cukup untuk dua orang je lah. Next time if aku pergi sana lagi, will definitely try other dishes. Hopefully semua pun sedap-sedap jugak lah kan.  For those yang nak try, ini alamat Restaurant Wonder Mama:

G6, Ground Floor (Former location of Outback), Bangsar Village 1, 
No 1, Jalan Telawi Satu, Bangsar Baru 59100 Kuala Lumpur, Malaysia

Phone No.:03-2284 9821



No comments:

Post a Comment