Masa datang tak ramai orang. Orang sebok merendang kot kat rumah. Kitorang je sebok nak makan luar petang-petang raya.
Restaurant gred A, which means sangat bersih. Bagus! Menu ada banyak choices. Tapi aku tak de masa nak belek satu-satu. Perut lapar, kena order and makan cepat-cepat sebelum anak aku bangun. So aku order nasi paprik je. Harga RM8.90. Rupa, macam kat bawah nih.
Rasa is tak sedap..kelaut..laut paling dalam! Yang sedap, keropok je lah kot. Jadahnya paprik, bau daun limau purut pun xde senah? Bukan tuh signature paprik ke?
Husband aku order Beef Kueyteow. Harga RM 8.90 jugak tak silap. Range tuh je lah harga most of the food here. Cuma western (i.e.: chicken chop, fish & chips) je lah harga yang mahal sikit. RM14++
Nampak macam sedap kan? Tapi tak lah sedap sangat. So-so je. Tapi better lah dari nasi paprik yang aku order tuh. Dapar lah jugak tekak ni nak telan.
Foods dah out! Tinggal yang satu nih je lah penyelamat. Husband aku order teh tarik je. Dah teh tarik je kan? Jauh mana sangat sedap dia boleh pergi..air yang aku order ni je lah harapan!
Langkawi paradise nama diberi (kalau tak silap aku lah! Hahah). Harga RM5.90. Ini sedap! Penyelamat hari ini.
Lepas keluar restaurant nih, terpaksa pergi menapak ke secret recipe pulak lagi tapau makanan lain. Nama restaurant sedap corner, tapi tak sedap ponnnn..ape cer bro??
No comments:
Post a Comment