The Best Asam Pedas In Town

So called okay! Aku tak faham macam mana orang boleh recommend that kind of food as "sedap". Google lah asam pedas melaka, for sure akan keluar nama kedai ni. Ke dulu-dulu memang sedap gila, dah maju, macam biasa buat cincai boncai?



Aku dari Johor breakfast bihun goreng je that day. On the way, malas nak singgah-singgah rnr sebab memang dah plan nak makan asam pedas kat Melaka. Tak Melaka lah kalau tak ada asam pedas kan? Aku googled lah asam pedas yang ter-best kat Melaka. Most of the bloggers reviewed memang kedai ini lah yang ter paling. Ye.. Kedai ini.

Sampai Melaka around 2pm. Lepas check in hotel, zasss keluar balik menuju ke restaurant ni.Kebuloq bak hang! Sampai-sampai, kedai macam tutup. Dah frust. Sekali tengok kat online. Kedai buka pukul 5pm. Hampa. Bawak lah perot yang lapar pergi Mahkota Parade. Makan kfc je dulu. Kang petang-petang sikit, patah balik sini. Rancangnya.

Dalam pukul 6 lebih, datang balik kedai ni. Bahagia tengok meja banyak gila dah dibentang. Ada lah 2-3 meja yang ada orang makan. Kecur-kecur air liur aku turun kereta okay! Dah terbayang-bayang hirup kuah asam pedasnya.

After order, a few minutes, sampai. Orang tak ramai. Sebab tu service cepat.

Dimulakan dengan air. Aku order nescafe suam. Hurmm.. air suam-suam nih kau kena lekat bibir kau dekat cawan tuh kan? Aku is tak lalu. Cawan is so damn berkeladak. Tak tergamak aku nak lekat bibir aku kat situ. Aku telan air liur je lah. Fikir, tak pelah. Dalam kereta ada air mineral. Kang habis makan, baru minum.

  


Nasi sampai. Tak tahu nak cakap macam mana. Tiba-tiba terimbau kenangan makan dekat dining Kolej mase zaman asrama dulu. Dapat tangkap tak? Apa perasaan nya?

Okay..hero yang ditunggu-tunggu sudah tiba. Mempersembahkan......



 

Ikan masak minyak. Eh, ikan pari asam pedas claypot Kota Laksamana lah! Tang asam tu ada, tang pedas tu tak jumpa. Penat cari. 

Meh aku jujur eh, supaya tak mengecewakan orang-orang yang mengidam dan yang menaruh harapan tinggi. Orang yang mengandung contohnya. 

Rasa dia, macam ikan tu, di rendam dalam air panas, kemudian diberikan sedikit elemen masam. Itu sahaja. Ye itu sahaja. Tak lebih tak kurang.

Itu apa yang tekak aku boleh rasa lah lepas try asam pedas ni. Gua tak gebang kalau tak try okay! aku makan 2-3 sudu, angkat bontot, bayar, jalan. Malam tu order room service je. Nasi goreng dia walaupun tak famous tapi sedap, makcik restaurant hotel tu masak dengan penuh kasih sayang. 


My Baby Boo..

Buat Passport untuk baby adalah sangat mencabar okay! 1st nak suruh dia stand still masa tangkap gambar passport. Jenuh cina tu buat macam-macam bunyi nak suruh anak aku pandang camera. Harammm.. tetap lah dia bergerak nak pandang mak dia kat sebelah ni.

Untuk siapa yang nak buat passport anak, make sure korang kelek anak korang bersama-sama. Even officer tu tak lah beriya pun nak tengok anak kau. Kene bawak. Tak bawak, diorang bolayan.

Kehadiran anak adalah sangat diperlukan untuk "memeriahkan" keadaan masa kau tengah ambil no. giliran, pergi kaunter submit form dan masa collection. Masa collection tu, baru the officers beriya nak tengok anak kau.

Walaupun dah ada Mykid, Surat beranak adalah perkara wajib bawak selain daripada photostate ic korang sendiri. Benda yang aku tak paham, dah ada Mykid, nak kena ade surat beranak pulak lagi. Apakah? Buat satu je doc pengenalan diri tak boleh? Biasalah tak menyusahkan orang mana nak sah kan kehidupan kita sebagai rakyat Malaysia ni.

Bayaran untuk passport RM80 untuk dua tahun, RM150 untuk 5 tahun. Aku buat untuk 5 tahun dulu. Supaya senang kononya. Tapi tak. Bila anak berubah muka (makin besar) kena datang balik imigresen, untuk update gambar terbaru anak. Proses update gambar tu pun sama dengan proses nak buat passport. Kelek jugak anak ke pejabat imigresen. Haih semak betul..nanti lah aku fikir benda tu kemudian, bila sampai waktu.

Oh ya! sebelum lupa, sila ambil tahu berapa ketinggian anak korg ye as the info is required. Check lah buku medical check up anak siap-siap... Supaya tak terpinga-pinga and nak kena datang imigresen 2-3 kali pulak kan.

Aku cadangkan, siapa yang area KL, pergi kat Imegresen Sri Ramai tu. Service cepat, orang pun tak ramai sgt. Compared dengan UTC Sentul. No giliran cepat gila habis, service super lembab. 2 kali aku pergi, 2 kali balik je sebab tak tergamak nak menunggu. Boleh kematu bontot!

Passport dah siap, so kemana kita tahun 2014? Tunggu.....





Tukar Kad ATM Maybank

Semalam Selangor cuti, macam biasa sana sini bersesak-sesak. Aku kerja KL, husband kerja Selangor. Macam tak best pulak biar dia cuti sorang-sorang kan. Jadi, moh lah kita bersama-sama.

Pagi-pagi dah tercongok aku dekat maybank nak tukar kad. Berapa banyak kali dah aku cuba nak tukar kad bank ni. Macam-macam hal. System down lah, orang ramai sangat lah.nombor giliran dah habis lah. So semalam aku nekad, kena accomplishkan jugak tukar kad punya mission ni. Kalau tak gaji bulan satu nanti tak boleh keluar, sebab kad dah expired. Tak ke naya!



Nampak macam tak ramai kan? Kena tunggu sepuluh orang je kan? Realitinya. Macam haram, dari pukul 9 lebih aku tunggu, samapi dekat pukul 1 baru habis. Iblis sungguh tahap service kat Maybank ni. Kau gatal buat peraturan suruh orang tukar kad segala kan? Yang kau sediakan satu je counter dah kenapa. Gila ke apa? Berbulu betul aku dengan service yang lembab-lembab ni. Orang memang tak ada kerja lain eh kau ingat?

Satu counter tu je lah yang nak cater hal card replacement, update passbook, orang nak tanya loan ASB and segala macam mak nenek lagi. Sambil menunggu tu, aku sempat pergi buat urusan lain. Cuci kereta, pergi pejabat lawyer, beli barang nak masak tengahari jap, pun tak sampai2 lagi no giliran aku. Menyirap memang menyirap!

Dengar sini nak bagitahu, untuk yang pakai kad maybank warna kuning hitam yang lama tu, korang tak payah bersusah payah nak pergi tukar kad. Buang masa! Sebab kad tu tak payah nak tukar. Tolong remind kat mak ayah sama. Kesian semalam tengok pakcik/ makcik tunggu sampai kematu bontot, sekali tak payah tukar pun kad tu. Penat deme menunggu. 

 
Yang kena tukar, adalah kad yang ada tulis valid thru je. yang macam gambar ni.



Tukar kad ni memang free, tak kena bayar duit. Tapi kau kena bayar pakai tenaga and masa kau je. Selamat Berjaya!



Online Business

Aku adalah manusia yang paling suka beli barang-barang online *yang aku berkenan lah. Every month, at least, mesti ada 3-4 barang yang aku beli through online. Dari barang yang mengarut, sampai lah barang yang betul2 aku guna.

Seller online ni pun ada macam-macam. Ada yang sangat customer oriented, ada yang belagakgilababi, ada yang sopan, ada yang sangat baik, money oriented and etc.

Aku ada experiences deal with all those.

1. Customer Oriented
  •  Memang lah seller semua ada satu je dalam kepala. Nak untung. Tipulah kalau meniaga tak nak untung kan? Tapi, kalau tak ada customer, celah mana nak dapat untung senah?
  • Ada one incident ni, seller tersalah post barang. Aku mintak yang color lain, dia tersalah hantar. Memang lah disappointed at first. Tapi bila aku communicate balik dengan seller, and she knows how to tackle the issue effectively, rasa menyirap tu takkan last lama sangat lah kan.
  • Contoh: Dah tahu dia buat silap, dia admit and try her level best to fix the mistake. Sampai aku pulak jadi malas nak fikir how to rectify the problem. Hahaa.. Beriya dia bagi other alternatives, suruh aku pilih design lain, warna lain, return balik barang, cost dia support and etc. Tapi aku kan tak suka bab susah payah. Plus, barang aku beli tak mahal mana, so aku rasa tak worth it lah aku nak beriya sangat kan. Aku just accept je barang yang dia bagi tu, even salah. 

Kalau nak dapat best services (both before and after), pergi search Elooke kat IG. Owner dia sangat concern about customers satisfaction. It's not about money alone.

2. Belagak-gila-babi
  • Ini category Account IG/ Blog/ FB dia ada ramai gila followers, or product dia pernah di review or promoted by Artis Malaysia ni. Kalau seller yang macam ini, kalau kau tanya about the product, which sebenarnya dia dah tulis terang-terang kat caption tu, kau yang malas-nak-baca, dia akan terus meletop. Dia tak akan jawab soalan kau, tapi akan reply comment kau dengan "Pls..Pls...Pls..read the caption". Kalau nasib kau tak baik, dia pakai all CAPS LOCK.
  •  Ada sorang famous blogger ni, jual frame, aku hantar lah aku punya request with complete details as per requested by them. Konon nak permudahkan kerja dia, and nak prove aku jenis orang yang-paham-bahasa. Dah hantar, aku tunggu reply tak ada apa..senyap sunyi. Lepas sebulan setengah macam tu, which aku pun dah lupa aku ade place order dengan dia, tiba-tiba dia reply email aku: 
" Please make your payment before XXXXX, if not your order will be cancelled."
  • Babi tak? Abah kau mengajar? Dah lah kau ambil masa like forever nak reply email customer kau, sorry pun tak ada, tetiba nak ugut-ugut pulak. Pergi lah jahanam. Banyak lagi kedai lain. Babai!
3. Sopan
  • Yang ni biasanyan jenis mak-mak. Baik je approach, explain details product dia semua dengan clear. Macam mana nak buat payment, semua dia bagitahu as if kita tak tahu apa-apa.
  • Contoh: 
 
Sopan kan? Rase sejuk je hati nak beli kat beliau. Siap introduce diri, bagitahu product dia apa, lengkap!

4. Sangat Baik
  • Yang ni jenis online seller yang tak berkira. Boleh dapat mutual agreement supaya dia as a seller tak rugi, and we as customer puas hati. Bukan lah jenis, ah...peduli apa, janji aku untung. Dia akan advice ape yang dia rasa bagus untuk kita, apa yang tak. Not only for the sake of selling their product/ services only. Bagus kan? 
  • Contoh: Aku ada hire service dari dia ni. Jumpa service dia through internet je. You know lah, blog ke fb ke, sometimes ada loads of info. Aku terlepas pandang bab delivery charges. The owner kata ada stated dalam blog and FB dia, tapi aku tak perasan.
  • Instead of dia charge aku, dia waive the delivery cost. Even RM50 je, tapi it means a lot tau untuk sesetengah orang. Rase special sangat. See? Small things can make a difference.
 
  • So, we all dapat lah mutual agreement untuk majlis aqiqah anak aku. Aku tempah buaian berendoi ini dekat dia. Pelamin dia pon the bomb!

 

5. Money Oriented
  • Seller jenis macam ini, memang aku rasa straight to the point. Aku jual barang, kau bayar, aku dapat duit. Dah. Yang lain belakang kira. Tak tahu lah kalau orang lain okay dengan cara macam ni, tapi aku, seriously aku tak akan beli. Kau tak berjaya pikat hati aku pun as a buyer. 
  • Contoh:
  •  Aku baru tanya je kot berapa RM, kau dah menggelupur bagi bank account, suruh transfer. Pastu siap suruh aku message alert kau lagi. Sorry lah bang! memang I tak nak lah beli kalau macam gini gayanya. Guna lah communication skills sikit untuk attract customer. Takde customer macam mana nak buat sales?
6. Penipu
  • Awas! bila melibatkan duit, pasti lah ada penipu. So far baru sekali ni je lah aku kena tipu. Mungkin salah aku lah jugak, tak terfikir nak check. Masalah aku adalah, bila benda harga murah, aku tak letak expectation tinggi. Tengok sekali, rasa suka, zapp..aku beli.
  • Aku bukan jenis cerewet sangat lah, barang kalau 10-20 ringgit, nak request macam2 kat seller. I know how it feels bila dapat customer super cerewet. Nak quality at level 10. tapi bayar nak kalau boleh 0.001 je. Akal letak mana bro?
 

Tak tahu nak cakap apa. English aku yang terok sangat sampai tak faham apa wording kat baju ni ke macam mana ni? Ada sesiapa boleh terangkan maksudnya? Aku belanja KFC!