Buat Passport untuk baby adalah sangat mencabar okay! 1st nak suruh dia stand still masa tangkap gambar passport. Jenuh cina tu buat macam-macam bunyi nak suruh anak aku pandang camera. Harammm.. tetap lah dia bergerak nak pandang mak dia kat sebelah ni.
Untuk siapa yang nak buat passport anak, make sure korang kelek anak korang bersama-sama. Even officer tu tak lah beriya pun nak tengok anak kau. Kene bawak. Tak bawak, diorang bolayan.
Kehadiran anak adalah sangat diperlukan untuk "memeriahkan" keadaan masa kau tengah ambil no. giliran, pergi kaunter submit form dan masa collection. Masa collection tu, baru the officers beriya nak tengok anak kau.
Walaupun dah ada Mykid, Surat beranak adalah perkara wajib bawak selain daripada photostate ic korang sendiri. Benda yang aku tak paham, dah ada Mykid, nak kena ade surat beranak pulak lagi. Apakah? Buat satu je doc pengenalan diri tak boleh? Biasalah tak menyusahkan orang mana nak sah kan kehidupan kita sebagai rakyat Malaysia ni.
Bayaran untuk passport RM80 untuk dua tahun, RM150 untuk 5 tahun. Aku buat untuk 5 tahun dulu. Supaya senang kononya. Tapi tak. Bila anak berubah muka (makin besar) kena datang balik imigresen, untuk update gambar terbaru anak. Proses update gambar tu pun sama dengan proses nak buat passport. Kelek jugak anak ke pejabat imigresen. Haih semak betul..nanti lah aku fikir benda tu kemudian, bila sampai waktu.
Oh ya! sebelum lupa, sila ambil tahu berapa ketinggian anak korg ye as the info is required. Check lah buku medical check up anak siap-siap... Supaya tak terpinga-pinga and nak kena datang imigresen 2-3 kali pulak kan.
Aku cadangkan, siapa yang area KL, pergi kat Imegresen Sri Ramai tu. Service cepat, orang pun tak ramai sgt. Compared dengan UTC Sentul. No giliran cepat gila habis, service super lembab. 2 kali aku pergi, 2 kali balik je sebab tak tergamak nak menunggu. Boleh kematu bontot!
Passport dah siap, so kemana kita tahun 2014? Tunggu.....
No comments:
Post a Comment