The Best Asam Pedas In Town

So called okay! Aku tak faham macam mana orang boleh recommend that kind of food as "sedap". Google lah asam pedas melaka, for sure akan keluar nama kedai ni. Ke dulu-dulu memang sedap gila, dah maju, macam biasa buat cincai boncai?



Aku dari Johor breakfast bihun goreng je that day. On the way, malas nak singgah-singgah rnr sebab memang dah plan nak makan asam pedas kat Melaka. Tak Melaka lah kalau tak ada asam pedas kan? Aku googled lah asam pedas yang ter-best kat Melaka. Most of the bloggers reviewed memang kedai ini lah yang ter paling. Ye.. Kedai ini.

Sampai Melaka around 2pm. Lepas check in hotel, zasss keluar balik menuju ke restaurant ni.Kebuloq bak hang! Sampai-sampai, kedai macam tutup. Dah frust. Sekali tengok kat online. Kedai buka pukul 5pm. Hampa. Bawak lah perot yang lapar pergi Mahkota Parade. Makan kfc je dulu. Kang petang-petang sikit, patah balik sini. Rancangnya.

Dalam pukul 6 lebih, datang balik kedai ni. Bahagia tengok meja banyak gila dah dibentang. Ada lah 2-3 meja yang ada orang makan. Kecur-kecur air liur aku turun kereta okay! Dah terbayang-bayang hirup kuah asam pedasnya.

After order, a few minutes, sampai. Orang tak ramai. Sebab tu service cepat.

Dimulakan dengan air. Aku order nescafe suam. Hurmm.. air suam-suam nih kau kena lekat bibir kau dekat cawan tuh kan? Aku is tak lalu. Cawan is so damn berkeladak. Tak tergamak aku nak lekat bibir aku kat situ. Aku telan air liur je lah. Fikir, tak pelah. Dalam kereta ada air mineral. Kang habis makan, baru minum.

  


Nasi sampai. Tak tahu nak cakap macam mana. Tiba-tiba terimbau kenangan makan dekat dining Kolej mase zaman asrama dulu. Dapat tangkap tak? Apa perasaan nya?

Okay..hero yang ditunggu-tunggu sudah tiba. Mempersembahkan......



 

Ikan masak minyak. Eh, ikan pari asam pedas claypot Kota Laksamana lah! Tang asam tu ada, tang pedas tu tak jumpa. Penat cari. 

Meh aku jujur eh, supaya tak mengecewakan orang-orang yang mengidam dan yang menaruh harapan tinggi. Orang yang mengandung contohnya. 

Rasa dia, macam ikan tu, di rendam dalam air panas, kemudian diberikan sedikit elemen masam. Itu sahaja. Ye itu sahaja. Tak lebih tak kurang.

Itu apa yang tekak aku boleh rasa lah lepas try asam pedas ni. Gua tak gebang kalau tak try okay! aku makan 2-3 sudu, angkat bontot, bayar, jalan. Malam tu order room service je. Nasi goreng dia walaupun tak famous tapi sedap, makcik restaurant hotel tu masak dengan penuh kasih sayang. 


No comments:

Post a Comment