Cara Nak Kurus Dengan Cepat.

Tak de maknanya lah boleh kurus cepat. Jangan lah mudah terpedaya..paling busuk pun aku rasa ambil masa dalam 3-4 minggu. Kalau ada iklan yang kata boleh kurus dalam seminggu tuh..."jangan nak membongak!"

Just nak share kat sini...Past few months, aku ada lah buat treatment kat London Weight Management (LWM). Bukan rawatan kurus okay! Just rawatan untuk repair blood circulation macam tuh lah.. Actually aku sebenanyer pegi Carrefour, then ade promoter nih cakap LWM ade buat promotion. Beli voucher RM10 je, then kita akan dapat slimming treatment worth RM300++.You know lah kan promoter. Sometimem cara diorang promote tuh macam sangat annoying and macam memaksa. So, for the sake of nak tutup mulut dia, aku pun sedekah je lah RM10 tuh.

Ingatkan habis kat situ je lah..then HQ LWM keep calling aku...sama juga...mendesak gila2 babi punya bila nak datang treatment. Aku pun bagi je lah one particular date, which aku tak nak pun pegi sebenanyer, again just untuk tutup mulut diorang.
Kebetulan mase aku bagi "tarikh" tuh, husband aku ade nak pegi barang kat mid valley. So why not pegi je kan? kot2 betol lah promotion tuh. Diorang evaluate lah badan aku..then dier teros terangkan package ape yang sesuai untuk aku. aku masa tuh mmg dah malas gila lah kan..Gila kau! package harge RM14k ke atas..tuh harga promotion okay? kalau tak promotion? Takpe je lah senah..aku rela gemok!

Aku pun cakap lah kat dier, takpe lah..aku tak nak.just nak proceed with the treatment yang supposedly aku dapat tuh. Sekali dier cakap, tak boleh..kene beli package dier dulu..baru boleh dpt treatment yang "free" konon-konon tuh...macam tutt..Aku kate nevermind lah..aku tak nak..

Then dan-dan lah pulak...ade package murah RM600. Untuk betolkan blood circulation and system dalam badan lah..aku pun tak tahu ape term scientificnya,. Pikir punya pikir...aku cakap okay lah..aku willing bayar RM600 tuh..untuk 6 kali treatments. Then bru lah aku dapat treatment yang so called "free" tuh.

Appointment Card Aku

Treatment tuh amek masa dalam 3 jam..sauna, hot blanket and machine. Sauna macam biasa, tapi hot blanket tuh memang nak membunuh ah..panas gila weh! tapi..aku pun pelik..banyak gila air keluar dari badan.datang dri mana ntah..Bukan macam peluh tau..tapi air..Then org tuh kata sbb dier sapu solid garam laut kat badan aku before the treatment. Benda tuh akan singkir semua benda-benda yang berlebihan dalam badan aku. And guess what? Berat aku turun 3kg after the treatment. Ajaib bukan?

Tapi tuh "free" punya slimming treatment lah..kalau nak penoh..sila pikir dahulu mana nak carik duit berbelas-belas ribu nak bayar. Yang aku beli tuh treatment untuk kesihatan badan aku sendiri. So takde lah garam2 laut segala...Biasa je, and Alhamdulillah. aku dah complete 3 sessions, and rase ade perubahan dalam badan aku. Sistem penghadaman aku berjalan dengan begitu lancar sekali..Sebelum ni., separuh mati!So aku takde lah rasa macam menyesal sangat buang RM600 kat LWM tuh.

Benda yang aku paling benci setiap kali datang sini adalah, setiap consultant dier asek macam nak paksa aku upgrade amek package kuruskan badan. Okay lah aku paham kau nak promote. But tolonglah..kalau org dah tak nak tuh.ko tak payah lah cakap 800kali benda yang sama berulang-ulang. Siap nak calculate berape expenses aku setiap bulan...boleh? ape yang aku buat dengan duit gaji aku sampai aku tak mampu nak buat treatment yang berbelas ribu tuh.. Macam lahanat..Dier ingat aku keje jual dadah ke ape?Ade banyak duit sangat?Lagi pun aku size M je kot..Ko tak payah nak kelam kabut sgt mcm aku dah obesiti...

Lagi satu kekurangan LWM nih, dier langsung tak kesah pasal after sales service. Masa kau nak suruh aku subscribe, kemain lagik ko call aku siang malam. Lepas kau dah dapat duit aku..Haraaaammm kau nak update aku pasal appointment ke ape eyh?Nak datang ke tak nak ke..lantak kau lah... Janji aku dah bayar. Sangat keji tau service macam tuh!

Sape yang nak pergi kuruskan badan..aku rasa memang sini lah the right place.Diorang pun ada tunjuk testimoni semua tuh..memang ramai yang berjaya.Tapi tuh lah..memang kurus gila lah korg.sbb duk sibuk kumpul duit nak bayar treatment. Tapi kan nak kurus bukan lah susah..cuma perlu jaga makan dan bersenam je. Nak Jaga and Bersenam tu lah benda yang paling susah.

No comments:

Post a Comment